Isu Semasa

Gamuda Berhad Menerima Tawaran Kerajaan untuk Mengambil Alih 4 Konsesi Lebuhraya

Ahli lembaga pengarah syarikat Gamuda Berhad telah bersetuju untuk menerima tawaran yang dibuat oleh kerajaan untuk mengambil alih 4 konsesi lebuhraya Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), SPRINT, KESAS dan SMART Tunnel. Kerajaan telah mengumumkan manfaat untuk memberikan kadar percuma pada 11.00 malam hingga 5 pagi dan diskaun sebanyak 30% pada waktu selebihnya.

Gamuda Bhd mempunyai pegangan terus dalam lebuhraya KESAS, SPRINT dan SMART Tunnel. Pemilikan sebanyak 70% (KESAS), 50% (SMART) dan 30% (SPRINT). Dalam masa yang sama, Gamuda memegang 43.57% dalam LITRAK. LITRAK pula mempunyai pegangan terus sebanyak 100% dan 50% untuk lebuhraya LDP dan SPRINT masing-masing.

Nilai yang ditawarkan kepada setiap konsesi adalah RM 1.377 billion untuk KESAS, RM 2.47 billion untuk LDP, RM 1.984 billion untuk SPRINT dan RM 369 juta untuk SMART Tunnel. Kesemua konsesi lebuhraya ini akan tamat pada tahun 2028 hingga 2042.

Untuk pegangan syarikat-syarikat GLIC seperti Permodalan Nasional Berhad, Lembaga Tabung Haji, Amanah Saham Nasional Berhad, Kumpulan Wang Awam Persaraan (diperbadankan) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai jumlah pegangan sebanyak 33.17% dalam Gamuda Berhad.

Untuk membuat keputusan majoriti, sekurang-kurangnya 51% pegangan yang diperlukan oleh kerajaan untuk membuat keputusan. Namun demikian, pihak Gamuda masih belum lagi memberitahu berapa peratus yang mereka akan jual kepada kerajaan.

Sekiranya kerajaan telah berjaya mendapatkan pegangan dalam konsesi-konsesi yang ingin dibeli. Kerajaan akan melaksanakan kadar tol yang baru diumumkan pada tahun akan datang.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker