EkonomiTrivia

Fungsi Agensi Penarafan Kredit

Agensi penarafan kredit sangat penting dalam dunia kewangan. Badan ini menilai sesebuah kerajaan, firma kewangan ataupun firma bukan-kewangan. Agensi ini memberikan penilaian kepada organisasi untuk memberikan gambaran mengenai kedudukan kewangan mereka. Pelabur dan peminjam bon atau sukuk akan merujuk gred penarafan yang diberikan kepada sesebuah syarikat atau kerajaan.

            Secara asasnya, agensi-agensi ini menyediakan 2 servis. Pertama, mereka menawarkan penilaian yang bebas mengenai kebolehan peminjam bon untuk membayar semula. Kedua, mereka menawarkan servis memantau syarikat-syarikat yang meminjam bon dan memberi ulasan kepada syarikat-syarikat tersebut. Hal ini membantu pelabur-pelabur bon untuk membuat apa-apa langkah pembetulan.

            Terdapat dalam 150 agensi penarafan kredit di dunia. Tetapi, 3 agensi terbesar mengawal lebih kurang 95% pegangan dalam pasaran di dunia. 3 agensi ini ialah Standard $ Poor’s (S&P) Rating Services, Moody’s Investors Service and Fitch Ratings (White, 2010). 3 Agensi ini sangat berpengaruh dalam memberikan penilaian dalam dunia kewangan. Setakat 30 Julai 2010, S&P, Moody’s dan Fitch  masing-masing menilai 125, 110 dan 107 hutang kerajaan (IMF, 2010)

            Penarafan kredit dinilai dalam bentuk abjad. Untuk S&P and Fitch, mereka menggunakan skala AAA (terbaik), AA, A, BBB, BB, B , CCC, CC, C, dan D (Terburuk). Manakala, Moody’s pula mempunyai gred yang berbeza. Moody’s menggunakan kombinasi abjad dan nombor dalam memberi penilaian kepada organisasi-organisasi yang mereka nilai. Untuk gambaran jelas, boleh lihat dalam jadual di bawah.

Kesan kepada penarafan kredit yang diberikan oleh agensi ini adalah syarikat atau kerajaan yang dinilai pada taraf yang buruk akan mempunyai kadar kupon yang tinggi dalam meminjam bon. Semakin teruk gred penarafan yang diberikan, semakin tinggi kadar kupon. Apabila gred penarafan untuk sesebuah syarikat atau kerajaan bagus. Maka, kadar kupon akan menjadi lebih rendah.

            Gred penarafan memgambarkan risiko yang mungkin dialami oleh peminjam dan pelabur bon. Penarafan yang rendah bermaksud sesuatu badan itu mempunyai kebolehan untuk membayar hutang rendah. Maka, kadar kupon akan menjadi tinggi kerana risiko untuk badan itu ‘default’ bon yang dipinjam sangat tinggi.

            Kesimpulannya, penilaian yang diberikan oleh agensi penarafan kredit kepada sesuatu badan itu sangat penting. Pelabur-pelabur bon sangat mementingkan pulangan yang mereka dapat. Oleh itu, mereka akan merujuk penilaian yang diberikan kepada sesuatu syarikat sebelum melabur dalam apa-apa bon.

Via
IMF. (2010). The uses and abuses of sovereign credit ratings, chapter 3 in the 2010 IMF Global Financial Stability Report.White, L. J. (2010). The Credit Rating Agencies. Journal of Economic Perspectives. 24, 211-226.
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker