BeritaEkonomi

FTSE Russell Terus Kekalkan Bon Malaysia Dalam Senarainya

Kerisauan terhadap bon kerajaan Malaysia jika terkeluar daripada Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI) akhirnya terjawab apabila FTSE Russell mengeluarkan keputusannya malam tadi bahawa bon kerajaan Malaysia terus kekal dalam senarainya.

FTSE Russell adalah penyedia index dunia yang menguruskan pelbagai indeks, data dan analisa untuk memenuhi keperluan pelabur yang terdiri daripada pelbagai kelas aset.

Dengan kepakaran FTSE Russell, segala indeks yang dikeluarkan menjadi panduan di peringkat institusi kewangan , syarikat mahupun pelabur di seluruh dunia.

Untuk pengetahuan anda, ada tiga tahap dalam Klasifikasi Pendapatan Tetap ( FTSE Russell Fixed Income Country Classification Framework ) iaitu 0,1 dan 2.

Untuk tersenarai dalam Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI), syarat minima yang dikenakan adalah perlu mendapatkan tahap 2 Market Accessibility.

Ketika ini, Bon Kerajaan Malaysia berada pada tahap 2. Akan tetapi masih dalam keadaan berjaga-jaga apabila dalam keputusan semalam, Malaysia kekal dalam senarai pemerhatian dan berpotensi akan diturunkan penarafannya.

Walaubagaimanapun, FTSE Russell akan terus memberi maklumat terkini kepada pedagang pasaran asing untuk memahami kesan inisiatif yang diumumkan BNM baru-baru ini dalam meningkatkan kecairan dan akses pasaran Malaysia.

Baru-baru ini, BNM telah mengorak langkah agar terus releven dalam senaraian ini dengan menawarkan lebih banyak fleksibiliti kepada pelabur asing untuk berdagang dalam ringgit.

Ekoran pengumuman keputusan ini, Ringgit kembali mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini. Pada pagi ini, nilai matawang Ringgit berada pada 4.1880/1920 berbanding dolar AS. Manakala semalam ditutup pada nilai 4.1930/1980.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker