Fakulti Ekonomi

Fenomena Pengurangan Populasi

Apabila ditanya tentang pengurangan populasi, suatu pendapat universal timbul di minda. Iaitu situasi dimana kadar kematian melebihi kesuburan. Perkara tersebut merupakan salah satu daripada sebab berlakunya pengurangan populasi. Dalam realiti ekonomi, sebuah populasi mempunyai sejenis pertumbuhan yang agak dinamik. Terdapat pelbagai faktor yang memainkan peranan dalam pengurangan populasi, secara kebiasaannya kekurangan pengganti (STF), pereputan bandar dan keluaran kerana jenayah, penyakit atau bencana.

Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang sedang mengalami kejadian pengurangan populasi di beberapa tempat. Bandaraya-bandaraya besar sedang mengalami pereputan, manakala luar-luar bandar pula tidak berupaya untuk keluar daripada kepompongnya. Detroit merupakan sebuah bandar besar yang populasinya jauh lebih kecil berbanding statistik 70 tahun sebelumnya.

Namun impak pengurangan sebegini tidaklah besar, kerana rakyat boleh berhijrah ke bandar-bandar lain tanpa perlu merisaukan tentang sempadan. Suatu tanda tanya besar boleh timbul apabila negara berterusan susut populasi. Blok bekas komunis sedang mengalami penyusutan besar-besaran. Hampir semua negara yang pernah bersatu dibawah Soviet terutamanya Ukraine sedang sengsara kerana penyusutan. Manakala Eropah Timur yang berdiri di atas abu Yugoslavia pun sama.

Satu-satunya negara yang tidak pernah mencium bau komunisme tetapi masih menyusut ialah Jepun. Sungguhpun begitu, Jepun masih lagi menikmati pertumbuhan ekonomi yang boleh dikatakan mapan. Perkembangan dalam pengeluaran merupakan piston utama yang memacu enjin ekonomi. Bagi situasi Jepun, populasi besar merupakan suatu lumrah. Kualiti pendidikan mereka boleh menjaminkan kreativiti dan inovasi yang sememangnya menguntungkan apabila ramai menciptakan sesuatu perkara. Lebih ramai populasi, lebih kuat inovasi.

Populasi besar juga mengukuhkan peluang untuk bertukar-tukar intelek yang memacu teknologi. Kekurangan populasi turut menyumbang kepada penguncupan penyelidikan dan kejuruteraan yang membantutkan prestasi R&D. Situasi Jepun amat mencerminkan ketiga-tiga faktor ini, sebagai sebuah negara maju dan berpendidikan tinggi. Jika populasi tua kekal dalam pekerjaan, kreativiti dan keazaman boleh mendap kerana sifat-sifat itu hanya kuat dalam anak-anak muda.

Secara mikroekonomi pula, pengurangan populasi boleh merosakkan pasaran penggunaan. Perkara ini membawa maksud pengurangan pelanggan untuk perniagaan kecil-kecilan. Dan syarikat-syarikat korporat pula perlu mencari pelanggan di luar negara. Dengan kemajuan China, Korea Selatan dan Taiwan, perkara ini bukanlah mudah.

Namun situasi di negara-negara bekas Soviet dan Eropah Timur pula sangatlah berbeza, disebabkan percaturan politik yang memakan diri. Kesannya boleh dilihat dalam pertumbuhan ekonomi mereka. Ukraine tidak menikmati pertumbuhan konsisten selepas menjunam. Malah ekonomi mereka yang sekarang merupakan 43.3% lebih kecil berbanding ekonomi 1990.

Sumber
Causes and effects of population declineWill population decline create a richer society?
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker