EkonomiIsu Semasa

FDI Malaysia Turun RM7.8 Bilion

Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa negara mencatatkan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM80.5 bilion sepanjang tahun 2018. RM54 bilion daripadanya diluluskan pada 6 bulan terakhir tahun lepas; membayangkan keyakinan antarabangsa terhadap polisi dan pengurusan kerajaan hari ini [1]

Namun begitu, berdasarkan rekod daripada Jabatan Statistik Malaysia (DOSM), FDI pada suku ketiga 2018 (Julai-Sept) hanyalah RM3.9 bilion [2] sementara FDI pada suku keempat pula adalah RM12.9 bilion. [3]

Ini menjadikan FDI Malaysia bagi separuh kedua 2018 hanyalah RM16.8 bilion sahaja dan bukannya RM54 bilion.

Malahan DOSM secara jelas mengeluarkan kenyataan bahawa pelaburan langsung asing bagi tahun 2018 cumalah RM 32.6 bilion; merosot RM7.8 bilion daripada RM40.4 bilion FDI yang direkodkan pada tahun 2017. [3]

Sila rujuk tangkap layar di bawah.

Tindakan mengisytiharkan kelulusan FDI sebegitu adalah mengelirukan dan boleh merendahkan keyakinan para pelabur kepada Malaysia.

Mengakui penurunan FDI hampir 20% dalam tempoh setahun bukanlah sesuatu yang terlalu serius. Apatah lagi mengambil kira perubahan kerajaan pada tahun lepas yang sedikit merencatkan perancangan pelabu antarabangsa.

Apa yang lebih penting adalah bagaimana kerajaan hari ini menetapkan polisi yang menarik minat pelabur, dasar yang konsisten serta strategi kukuh dalam mendepani gelombang kemeleseran ekonomi dunia.

Mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan tidak akan membantu dalam jangka masa yang panjang.

Ditulis oleh: Abdul Rahim Hilmi

Sumber
Berita HarianDOSMDOSM
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close