Isu Semasa

Ekploitasi Dalam Ekonomi Gig

Masalah tentang struktur pembayaran dalam isu Foodpanda ni berulang sahaja sebenarnya. Sama juga apa yang berlaku dalam Grab, cumanya pemandu Grab tidak bersatu bersuara dalam hal ini.

Kebiasaannya, fasa awal operasi syarikat adalah untuk cipta pengkalan data. Ketika ini, syarikat akan ‘bakar’ duit untuk pemasaran seperti diskaun potong harga bagi menarik minat pengguna. Manakala, kontraktor (pemandu atau penghantar) akan ditawarkan insentif yang lumayan. Disebabkan itu, kebanyakan syarikat tidak menghasilkan untung ketika awal penubuhan.

Dengan pengkalan data yang banyak dan bukti transaksi yang memberangsangkan, syarikat boleh gunakan ini sebagai pancing untuk menarik minat pelabur pula. Bila dah ada permintaan yang tinggi, kitaran yang sama berulang iaitu kurangkan kos operasi untuk tingkatkan keuntungan. Kurangkan kos operasi ni termasuklah kurangkan insentif buat kontraktor atau pekerja.

Inilah yang berlaku dalam ekonomi gig, satu sistem pasaran terbuka yang menawarkan pekerjaan yang bersifat sementara dan secara sambilan.

Pada sudut yang positif, ekonomi gig sebenarnya memenuhi keperluan digital yang berkembang pesat dan ditambah dengan gaya hidup yang fleksibel. Dari perspektif bisnes pula, sistem ini dapat menjadikan kos operasi lebih efektif.

Contohnya, majikan tidak perlu mengeluarkan kos untuk mencarum insuran pekerja, tidak perlu mencarum KWSP pekerja, gaji juga boleh direndahkan, kos utiliti dapat diminimakan dan lain-lain. Dalam masa yang sama, syarikat boleh memperoleh hasil yang sama sepertimana mengambil pekerja tetap, malah mungkin boleh jadi lebih bagus.

Manakala bahagian kontraktor (rider atau driver) pula, sistem ini kelihatan menindas mereka. Inilah sebenarnya masalah yang berlaku dalam ekonomi gig yang berkonsepkan pasaran terbuka, ia dibentuk daripada permintaan dan penyediaan (demand and supply). Pekerja atau kontraktor tiada jaminan kerja pada masa akan datang dan tiada perkembangan kerjaya.

Pekerjaan seperti ini lebih sesuai sebagai medium untuk menjana pendapatan tambahan, tetapi tidak sebagai pekerjaan tetap. Pihak menteri seharusnya tidak menjadikan ekonomi gig ni sebagai ganti penyediaan peluang pekerjaan untuk rakyat pada masa hadapan.

Sepatutnya pihak kerajaan perlu menyediakan garis panduan dan undang-undang dalam memelihara kepentingan kedua-dua pihak, pemilik bisnes/platform dan pekerja.

Kesimpulannya, pihak berwajib perlu bijak dalam menangani isu ini yang melibatkan perkara yang sensitif iaitu periuk nasi rakyat. Dalam masa yang sama, pemilik syarikat perlu beringat akan sifat ekonomi terbuka yang boleh berubah mengikut kehendak pengguna.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker