Global

Ekonomi Syria Yang Ranap

Perang Saudara Syria tidak menguntungkan sesiapa pun. Yang membayar harga mahal ialah rakyat, dimana sehingga hari ini populasi dan ekonomi republik tersebut terus menguncup. Impian sosialisme yang diimarahkan Parti Ba’ath sejak 1963 telah hancur berderai.

Dan di sebalik habuk debu dan abu mayat, Syria mempunyai peluang untuk membina semula jika mampu mencapai keamanan yang telah lama tertangguh. Kerosakan infrastruktur, alam sekitar dan kemarau panjang telah merosakkan sektor pertanian, dan penurunan harga bahan api global pun memberikan tekanan terhadap pentadbiran kerajaan.

Yang paling mencengkam Syria ialah sekatan ekonomi besar-besaran daripada Liga Arab, Eropah dan Amerika Syarikat. Malah Jepun pun menutup pintu terhadap Bashar Assad, bermula 2012.

Pada tahun 2014, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan jumlah kerosakan ekonomi Syria mencecah AS$140 bilion. Dua tahun kemudian, angka ini menjadi AS$237 bilion. Bank Dunia pula meletakkan sekitar AS$226 bilion hilang dari KDNK angkara konflik. Maka dalam situasi begini, pasaran tempatan telah menghadapi hiperinflasi yang membuatkan matawang pound Syria bagaikan tisu tandas semata-mata.

Bagaikan menyapu garam terhadap luka, Syria berdepan dengan masalah baharu. Lubnan kini bergolak dalam sebuah krisis kewangan yang menjerut keupayaan Syria untuk bernyawa. Ditutup di hampir seluruh dunia angkara sekatan ekonomi, Syria bergantung pada kestabilan Lubnan untuk meneruskan perniagaan dan perdagangan.

Tetapi baru-baru ini, bank-bank Lubnan memperkenalkan kawalan ketat terhadap pertukaran matawang, pengeluaran wang dan pengiriman antarabangsa, mengambus peluang bagi hartawan-hartawan Syria.

Cagaran serta simpanan kini terkandas dan sejak 17 Oktober, pound Syria menjunam 30%.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker