Polisi

Disebalik Kelulusan GoJek Beroperasi Di Malaysia

1. Kalau nak tahu pada bulan Mei tahun ini memang ada ura-ura Gojek nak masuk Malaysia sudah mula berkemundang. Dan masa itu Menteri Pengangkutan mengaku yang memang Go-Jek datang ‘mengadap’ beliau pada April iaitu sebulan sebelum itu.

2. Dan pada masa itu juga Menteri Pengangkutan dedahkan Go-Jek dah dalam proses nak dirikan syarikat mereka di sini. Beliau kata beliau telah maklumkan pada Go-Jek yang Go-Jek boleh masuk pasaran e-hailing di Malaysia tanpa ada masalah.

3. Sesuatu yang sebenarnya agak kelakar kalau dibandingkan dengan kenyataan dari menteri yang sama hanya beberapa bulan sebelum itu apabila berkeras dengan berkata “Transport Ministry says will never legalise Dego Ride“.

Malah beliau dengan tegas berkata, 
“Di Malaysia, terlampau banyak sangat kemalangan yang melibatkan motorsikal dan kita tidak mahu ambil risiko itu. Kita akan hantar pegawai dan buru Dego Ride”.

Sebagai respon kepada laporan Dego Ride telah menghidupkan semula perkhidmatan mereka di Klang Valley yang telah dilaporkan oleh media ketika itu.

4. Dan kalau kita semak ucapan menteri pada Julai tahun lepas juga di Dewan Rakyat, menteri berkata kerajaan berkeras dengan perkhidmatan tersebut kerana faktor-faktor keselamatan kemalangan, risiko kematian yang lebih tinggi melibatkan motorsikal dan sebagainya.

5. Sejak Mei, diam sekejap pasal Go-Jek ini sampailah tiba-tiba YB kesayangan kita YB Syed Saddiq mengumumkan dua-tiga hari lepas yang dia nak cadang perkenalkan perkhidmatan gojek di Malaysia kepada kabinet.

Satu benda yang agak kelakarlah sebab kalau semak berita memang Go-Jek nak masuk Malaysia dan dalam proses membuka syarikat di Malaysia yang dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan sebelum ini.

6. Maka 3 hari berturut-turut lah YB SS buat kempen di media sosial beliau, buat poll lah, tunjuk gambar dia pergi jumpa 11 menteri lah dan paling menarik perhatian bila YB menteri Pengangkutan sendiri play along‘ kononnya idea ni datang dari YB SS bila dia sebut,

“‘Motorcycle ride-sharing will be studied if Saddiq convinces cabinet’,

Walhal tak sampai 3 bulan sebelum itu beliau sendiri yang sebut Go-Jek dah dalam proses nak dirikan syarikat mereka di sini dan dah bagi tahu mereka boleh masuk pasaran e-hailing di malaysia tanpa ada masalah.

Apa benda yang nak dikaji kalau YB SS boleh yakinkan bagai? Bila mana kau sebagai menteri pengangkutan dah bagi lampu hijau kepada Go-Jek masuk pasaran Malaysia?

Kecelaruan ataupun hilang ingatan?

7. Walau bagaimanapun, bukan ramai yang ‘hilang ingatan’ pasal Dego-ride dan kenyataan menteri pengangkutan sebelum ini dan bertanya kepada YB SS kenapa Go-Jek boleh, Dego Ride tak boleh?

Kenapa bukan syarikat tempatan dan kenapa kena bawa syarikat luar dan sebagainya?

Baru lah YB SS mengaku yang sebenarnya kerajaan terlupa mengenai mereka dan kononnya dengan kemasukan Go-Jek ini akan disekalikan lah dengan Dego-Ride juga.

8. Semalam lepas so-called menyakinkan kabinet, beliau mengumumkan bahawa Go-Jek diluluskan sebulat suara oleh kabinet.

YB SS guna alasan walaupun memang ada risiko keselamatan, namun mengikut ‘angka dan data’ (ni dia kata) bahawa:

– Banyak negara lain dah buat dan berjaya
– Konteks penggunaan di Malaysia cuma guna untuk final mile 
– Kemalangan berlaku lebih kepada perjalanan jarak jauh
– Untuk memudahkan penggunaan pengangkutan awam
– Data dan angka yang menunjukkan walaupun kemalangan bolehberlaku, tapi ada cara nak mengurangkan risiko kecederaan dan kemalangan.
– Dah memang ramai anak muda naik motor
– Lebih baik jana pendapatan melalui Go-Jek berbanding jadi mat rempit ataupun penggangur
– Membantu pakcik dan makcik, serta anak muda menjual barang mereka menggunakan servis Go-Jek.
– Memecahkan monopoli dan sebagainya

9. Maka menjadi persoalan kini,

i. Apakah benar dengan ‘angka dan data’ ini risiko keselamatan dan kemalangan yang berdegar-degar dipertahankan oleh YB menteri pengangkutan boleh diabaikan?

Boleh baca sendiri apa kata pakar iaitu Prof Dr Wong Shaw Voon dari UPM yang tidak bersetuju dengan Go-Jek dengan alasan:

– Kemalangan motorsikal merekodkan kematian yang paling tinggi di jalanraya. Di mana 60% daripada 4,082 kematian adalah datangnya dari motorsikal.

– Malaysia adalah tidak sesuai untuk perlaksanaan ride-hailing services kerana nisbah kereta dan motor kita adalah pada 50:50, berbanding negara lain yang melaksankannya di mana kenderaan mereka adalah terdiri daripada 90 peratus motorsikal.

– Dan beliau berpendapat, adalah lebih baik kita bergerak daripada mode berkenderaan yang berbahaya kepada yang lebih selamat kepada pengangkutan awam seperti bas dan keretapi yang juga lebih selamat daripada kereta.

– Beliau juga mengingatkan bahawa dengan motorsikal, banyak isu tambahan akan timbul seperti helmet, saiz penumpang dan penunggang serta sekatan membawa barangan yang mungkin tidak menyenangkan pun pada akhirnya.

ii. Apakah benar dengan kehadiran Go-Jek ini ianya akan memecahkan monopoli pasaran e-hailing Malaysia?

Kena ingat, Go-Jek ini bukanlah sekadar aplikasi ‘e-hailing’,

The truth is, these companies was never about “online taxi” or “food delivery” but to become the ultimate one stop service/product company.

Atau orang panggil SUPER APPS.

Kalau nak tahu perkhidmatan Go-Jek kini merangkumi segala-galanya dari benda semudah macam urut tapak kaki ke servis roboh rumah.

Dan kena faham benda yang paling berharga Go-Jek ni nak dapatkan sekarang ni bukannya duit atau wang.

The real goldmine is DATA.

Information is the new commodity *bak kata cerita the Great Hack.

Maka kena faham dengan membenarkan pemain luar seperti Go-Jek untuk beroperasi dinegara kita bukan sahaja akan hamper local players macam Dego, MatDespatch, Karhoo untuk menambah baik e-hailing services..

Tapi akan merebak lebih dari itu, aplikasi perkhidmatan tempatan ataupun apa-apa marketplace macam kaodim, GoGet, The Lorry, Servis Hero, mudah.my, lelong dan lain-lain semuanya pasti akan terkesan.

Yang Brick and Mortar tak payah cakap, dah memang terkesan akan lebih terkesan.

Boleh buat carian apa dan bagaimana Go-Jek merubah landskap perniagaan serta konfrantasi mereka di Indonesia.

Tuntasnya, ramai berpendapat dengan membenarkan Go-Jek mendapat akses terus kepada pasaran kita adalah tidak bijak. Mereka ada ‘saiz dan volume‘ yang memang tak terlawan oleh pemain tempatan kita.

Pasti kena tapau.

10. Sebagai penutup, adalah amat memilukan, bila mana mulai minggu depan, jiran kita Singapura akan mula buat percubaan pengendalian bas tanpa pemandu di sekitar Sentosa sebagai langkah pemantapan pengangkutan awam mereka.

Kita pula beria-ia nak kurangkan kos transportasi awam, kecilkan projek transportasi awam seperti LRT3 dan MRT2 yang sedang dibina, dan menangguhkan MRT3 dan HSR.

Dan bagi menambahkan garam kepada luka, umumkan pulak Go-Jek sebagai sebahagian dari usaha pemerkasaan pengangkutan awam.

Seolah-olahnya dah macam satu langkah kebelakang pula apabila melebihkan perkhidmatan ride-hailing yang terang-terangan lebih berisiko untuk kegunaan rakyat yang di bawah ini.

Kalaupun alasannya untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan sebagainya, harapnya Dr M tidak lupalah apa komen beliau sebelum PRU-14 terhadap graduan yang memandu e-Hailing.

Diharapnya jangan rasa ‘bangga’ pula bila graduan kita bukan lagi penggangur namun sekadar jadi penunggang Go-Jek.

Akhir kata, kerajaan kena fikir masak-masak benda ni, jangan sebab nampak netizen seronok re-tweet video close up ‘assalamuaikum, da jia ho, vannakam’ YB SS terus dandan nak approve aje Go-Jek ni..

Study betul-betul, supaya tak jadi “Penny Wise, Pound Foolish” di kemudian hari kelak.

Sumber
Newsbreak: Indonesia’s Go-Jek looking to set up shop hereTransport Ministry says will never legalise Dego RideSyed Saddiq cadang mahu perkenalkan perkhidmatan gojek'Motorcycle ride-sharing will be studied if Saddiq convinces cabinet'Go-Jek lulus!Kabinet secara prinsipnya bersetuju GoJek dilaksanakanGo-Jek not best option?The Go-Jek effectSingapore’s first on-demand driverless shuttle buses to ferry passengers around Sentosa from Aug 26 Read more at https://www.channelnewsasia.com/news/singapore/singapore-first-on-demand-driverless-shuttle-buses-sentosa-trial-11825340Dr M tak bangga graduan jual nasi lemak, jadi pemandu Uber
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker