Ad
Umum

Dilema Penduduk Sekitar Loji LYNAS

Penduduk yang menetap berhampiran loji Lynas di Gebeng, Pahang berada dalam keadaan dilema sama ada hendak mempercayai khabar yang dibawa kelompok anti-Lynas atau penyokong Lynas dan realiti sebenar isu ini.

Tidak seperti didakwa sesetengah pihak, loji Lynas bukanlah sebuah reaktor nuklear tetapi sebuah loji yang dibina untuk menghasilkan nadir bumi yang diperlukan dalam banyak industri seperti perubatan, komunikasi dan elektronik. Dan walaupun dimomokkan dengan pelbagai label yang tidak adil, siapa sangka sisa peneutralan aliran bawah (NUF) atau gipsum sintetik yang kaya dengan magnesium yang dikeluarkan pihak loji mempunyai manfaat tersendiri terutama dalam bidang pertanian.

Proses penghasilan nadir bumi membabitkan banyak langkah. Menerusi penghasilan ini, ia menghasilkan dua produk sampingan yang berbeza antara satu sama lain. Proses bermula dengan membawa masuk bijih lantanid yang datang dari Mount Weld, Austalia. Selepas melalui beberapa proses kimia, maka terhasillah sisa air yang ditulenkan dan dilarutresapkan (WLP) yang bersifat radioaktif sebelum diikuti oleh NUF.

Ad

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai oleh Dr J. Shamshuddin, mereka mendapati dengan menambah NUF pada tanah yang digunakan untuk penanaman kelapa sawit, ia memberi kesan positif dari segi pertumbuhan dan penghasilan buah. Ini kerana NUF kaya dengan makronutrien ini bukan sekadar boleh menjadi baja tanaman tetapi juga dapat mengurangkan keasidan tanah.

Perkara sama juga boleh diaplikasikan kepada WLP yang dihasilkan oleh Lynas. Namun pada masa sama, ia harus dilakukan dengan berhati-hati bagi memastikan kemapanan proses berkenaan. Wujud laporan WLP bukan saja boleh dijadikan sebagai baja tanaman tetapi juga sebagai alternatif kepada batu fosfat sekaligus mengurangkan keperluan mengimport batu fosfat. Dan ini membolehkan dana yang disalurkan kepada pengimportan komoditi tersebut boleh digunakan untuk perkara yang lain.

Atas nama semangat Malaysia Boleh, sisa-sisa yang dihasilkan Lynas ini boleh dimanfaatkan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi setempat dan negara amnya.

Related Articles

#SayangiSawitku #CintaiMalaysiaKita  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button