BeritaInfo Niaga

Dego, Gojek Diluluskan Bawah Program Percubaan Bermula Januari 2020

Desas-desus mengenai kelulusan aplikasi e-hailing motosikal akhirnya bertemu jawapan apabila semalam YB Nik Nazmi bertanya kepada Menteri Pengangkutan di Dewan Rakyat sama ada sudah menyediakan garis panduan untuk perkhidmatan tersebut.

Menjawab pertanyaan itu, YB Anthony Loke memberitahu bahawa program percubaan untuk perkhidmatan tersebut akan dilancarkan pada Januari 2020.

Program itu akan berjalan selama 6 bulan. Sementara itu, syarikat berkaitan dan kerajaan akan mengumpul data untuk menilai permintaan serta hal-hal berbangkit berkaitan dengan perkhidmatan itu.

Antara garis panduan yang telah ditetapkan adalah :

  • Penunggang perlulah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai lesen memandu yang sah serta mematuhi undang-undang jalan raya
  • Hanya boleh beroperasi di Lembah Klang
  • Hanya boleh membawa satu penumpang dalam satu-satu masa
  • Penunggang perlu memakai tanda sebagai simbol perkhidmatan itu
  • Motor juga perlu mempunyai tanda syarikat berkaitan

Sementara itu, kementerian masih dalam proses memperkemaskan undang-undang dan syarat terhadap perkhidmatan tersebut.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker