Ad
Ekonomi

Deflasi – Penyakit Ekonomi Yang Sukar Diubati

Preventation is better than cure.

Inflasi sering dikaitkan dengan naiknya harga barang serta deflasi pula sebaliknya. Maka ada segelintir rakyat inginkan ekonomi di negaranya mengalami deflasi. Ya la bah, siapa tidak suka harga barang turun. Kalau turun harga barang maksudnya kos sara hidup kita pun semakin berkurang, mestilah seronok bukan? Kenyataan sebegini ada betulnya, namun deflasi juga mempunyai kesan buruknya terutama jika ianya disebabkan oleh pengurangan permintaan daripada pengguna.

Sesiapa yang pernah mempelajari subjek ekonomi samada di sekolah menengah, kolej atau universiti pasti akan mengetahui bilamana keluk permintaan beralih ke kiri, ini akan menyebabkan berlakunya penurunan titik keseimbangan harga barang.

Ad

 

Permulaan deflasi

Dalam bahasa mudah, jika permintaan terhadap sesuatu barangan itu berkurangan, ini akan menyebabkan pengurangan harga terhadap barang tersebut. Ini bermaksud deflasi boleh berlaku disebabkan oleh pengurangan permintaan terhadap barangan di pasaran secara umumnya.
 
Kesan domino deflasi. Kredit – Khairul Azri


Jika ini yang berlaku dalam jangka masa yang panjang, kejadian ini boleh membentuk satu lingkaran deflasi atau lebih dikenali sebagai “deflationary spiral”. Lingkaran deflasi ini boleh berlaku apabila pengurangan harga barang menyebabkan tekanan terhadap firma untuk mengurangkan lagi mengurangkan lagi harga barang jesteru menyebabkan satu lingkaran yang berlaku.

Contohnya negara A, mengalami kemerosotan ekonomi yang dasyat yang menyebabkan kadar pengangguran meningkat, ataupun dalam bahasa mudah, banyak pekerja dibuang kerja. Disebabkan ini, pendapatan rakyat di negara A berkurangan, dengan ini menyebabkan permintaan terhadap barangan di pasaran semakin kurang.

 
Justeru itu, firma terpaksa menurunkan harga barang dan ini menyebabkan firma mengalami kerugian. Akhirnya, firma terpaksa mengurangkan kos perbelanjaan perniagaan dengan membuang pekerja. Kitaran ini akan terus berjalan dan menyebabkan keadaan lebih teruk lagi jika kerajaan tidak campur tangan.

Tidak semestinya untuk terjadinya kitaran tersebut berlaku apabila pengangguran itu meningkat malah ia boleh terjadi apabila sesuatu yang buruk berlaku pada mana-mana peringkat yang disebutkan tadi.

 
Contohnya, jika pengguna merasakan ekonomi di negara yang diduduki akan mengalami kemelesetan ekonomi, pengguna akan lebih senang menyimpan duit untuk menghadapi situasi buruk daripada membelanjakan duitnya. Jesteru akan menyebabkan firma terpaksa mengurangkan harga barang dan menyebabkan keuntungan mereka merosot lalu lingkaran itu akan berjalan seperti apa yang disebutkan di atas.

Pengguna juga akan lebih selektif dalam berbelanja jika lingkaran deflasi ini berlaku. Bilamana lingkaran ini berlaku, harga barang akan sentiasa turun. Jesteru itu, situasi ini akan menggalakkan pengguna untuk menyimpan duit mereka untuk tidak berbelanja hari ini berbanding pada masa akan datang kerana menganggap harga barang yang ingin dibelinya akan turun pada masa akan datang. Ini akan memberi kesan buruk terhadap peniaga dan menambahkan ‘input’ untuk lingkaran tersebut untuk terus berkitar.

 

Deflasi di Jepun

Jepun merupakan di antara negara pernah mengalami masalah ini selama lebih kurang 20 tahun. Ini telah menyebabkan pertumbuhan ekonomi di Jepun dalam keadaan yang statik. Pengguna takut untuk berbelanja kerana mereka masih menganggap barangan yang berada di pasaran itu mahal oleh kerana mereka menganggap gaji mereka masih rendah. Hasil daripada permintaan yang rendah, firma-firma di Jepun agak sukar untuk mengekalkan keuntungan lalu menyebabkan lingkaran deflasi itu terus berkitar.
 

Deflasi di Malaysia

Adakah deflasi Malaysia pada Januari yang lalu disebabkan oleh permintaan berkurangan atau disebabkan oleh penambahan penawaran?
 
Bagi pendapat saya, ianya bercampur namun ianya lebih kepada penambahan penawaran kerana penurunan inflasi lebih banyak disebabkan oleh penurunan harga minyak. Namun tidak dinafikan, terdapat indikator yang menunjukkan ianya disebabkan oleh pengurangan permintaan jika dilihat pada data DOSM dan juga dapatan daripada MIER di mana keyakinan firma dan juga pengguna telah menurun pada 2 suku tahun lepas.

Jesteru itu, kerajaan Malaysia seharusnya tidak mengambil enteng terhadap situasi ini untuk mengelakkan masalah ini berlaku di negara kita yang tercinta ini. Kerajaan mungkin boleh memberikan suntikan wang kepada kitaran ekonomi, terutamanya terhadap pengguna untuk menggalakkan pengguna untuk berbelanja supaya kitaran deflasi itu tidak berlaku. Bak kata pepatah orang putih “preventation is better than cure”.

Rujukan:

 
  1. DOSM
  2. MIER
  3. https://www.thebalance.com/what-is-deflation-definition-cau
  4. https://www.freemalaysiatoday.com/…/what-deflation-means-f…/

Source
DOSMMIER

M2C

Menyajikan artikel dan ulasan terkini isu-isu kewangan, perbankan, perniagaan, polisi dan teknologi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button