Umum

Daripada UBER ke Cloud Kitchens

Travis Kalanick adalah pengasas bersama dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Uber, baru-baru ini telah melancarkan Startup baru yang boleh menghapuskan restoran seperti yang kita kenali sekarang.

Nama startup baru dia adalah CloudKitchens – dimana matlamatnya adalah pada masa akan datang dah tak perlu ada restoran banyak-banyak yang besar-besar ni (membazir katanya)

Kerana lepas ni, restoran hanya perlu ada beberapa tukang masak dan makanan akan dihantar oleh pekerja ekonomi gig melalui Uber Eats, DoorDash, Grubhub dan perkhidmatan yang sama jenis dengannya.

Seperti mana yang kita tahu, bahawa Kalanick berjaya mengumpulkan USD$400 juta dari dana kekayaan negara (sovereign-wealth fund) Arab Saudi dan menggunakan beberapa kekayaannya sendiri dari Uber untuk membina konsep ini di seluruh dunia. Wang itu akan dibelanjakan untuk membeli hartanah murah di kawasan bandar. Lokasinya akan berada di lokasi yang padat penduduk dimana penghantaran dapat dibuat dengan cepat.

Restoran maya ini sebenarnya sama dengan konsep WeWork. Dimana WeWork menyewakan atau membeli hartanah, kemudian menyewakan ruang kepada perniagaan kecil.

Begitu juga dengan CloudKitchens yang akan memiliki kediaman dan dapur komisar dan kemudian menyewakan ruang kepada restoran.

Dengan ini sebenarnya membolehkan penyewa yang tidak mahu menghabiskan wang untuk lokasi tradisional atau usahawan permulaan yang ingin bereksperimen dengan konsep restoran baru, tetapi tidak mampu untuk berdiri sendiri boleh menjadi jenama terkenal dengan memberi tumpuan pada perkara lain seperti penjenamaan, kualiti makanan dan sebagainya.

Bagi pemilik restoran semasa atau berpotensi, alih-alih anda perlu membayar lebih USD$1 juta untuk membina restoran, mereka kini dengan mudah dapat memulakannya di CloudKitchens dengan deposit yang kecil, bersama dengan beberapa perbelanjaan lain. Dengan jenis restoran kongsi ini, kos akan jauh lebih rendah berbanding dengan restoran tradisional.

Ala, ini sebenarnya macam kita berniaga di medan selera.

Pemilik restoran tidak perlu mencari lokasi dan menjalankan kajian lalu lintas pejalan kaki, menandatangani perjanjian jangka panjang dengan tuan tanah, sewa mahal, meletakkan banyak wang awal untuk pajakan, melabur dalam semua peralatan dapur, meja dan kerusi dapur yang diperlukan.

Restoran permulaan tidak perlu membayar kakitangan pelayan, busboy, bartender dan pekerja. Semua yang mereka perlukan adalah perlu mula berniaga dengan tukang masak yang ada untuk menyediakan makanan. Ini boleh menjadi satu ledakan bagi usahawan restoran.

Berbanding dengan perlu wujud di satu-satu lokasi, pelanggan boleh meletakkan pesanan mereka menerusi aplikasi dan makanan dihantar oleh kontraktor bebas. Kalau nak ada penjimatan kos pun, mungkin boleh wujud dengan ‘leverage’ pada pelanggan yang akan membayar kurang daripada yang mereka lakukannya jika mereka pergi ke restoran biasa.

Sebenarnya konsep tempahan makanan ni sama je seperti GrabFood, FoodPanda dan lain-lain. Cuma dia fokus pada end-to-end dari restoran hinggalah ke pintu rumah anda sebagai manusia yang sentiasa lapar.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker