Ad
Komentar

Dana Kemewahan Negara VS Neoliberal

Satu petanda negara kita bergerak ke arah status sebuah negara maju adalah apabila, pertamanya, syarikat-syarikat swasta negara turut melabur di luar negara dan keduanya, apabila negara memilikki sebuah dana kemewahan (sovereign fund).

Daripada awal tahun 90an lagi, komuniti perniagaan Malaysia telah digalakkan untuk melabur di luar negara dan dalam bidang-bidang perniagaan dalam negara di mana mereka telah membina pengalaman dan kepakaran mereka.

Pengalaman dan kepakaran ini telah terbina diatas dasar penswastaan negara ketika itu, dari pembinaan dan pengurusan lebuhraya bertol, stesen janakuasa letrik, pembangunan hartanah berskala bandar baru hinggalah kepada pengurusan hospital dan lapangan kapalterbang dan lain-lain perniagaan.

Ad

Sehinggalah ketika ekonomi negara turut juga terjejas oleh Krisis Kewangan Asia dan negara menyaksikan kemusnahan kemewahan korporat yang menengelamkan nama-nama tokoh korporat yang terbilang.

Di tengah-tengah kemusnahan kemewahan korporat itulah munculnya Khazanah Nasional. Ketika itu Khazanah diberikan peranan menjadi pemegang amanah kepada aset-aset dan kemewahan korporat yang strategik bagi negara agar tidak dijual kepada pemodal-pemodal asing.

Puak neo-liberal dalam dan diluar negara menentang peranan kerajaan menyelamatkan aset-aset korporat dengan slogan popular mereka: “Government has no business to be in business!” atau bukan urusan sesebuah kerajaan untuk terlibat dalam perniagaan!

Ianya dituduh sebagai “bailout“! Dan dihujahkan juga penglibatan kerajaan dalam perniagaan akan mengenepikan peranan sebenar sektor swasta negara! Puak neo-liberal dalam negara dan disokong kuat oleh rakan-rakan sealiran diluar negara (termasuk yang menguasai insitusi-insitusi kewangan antarabangsa) sebaliknya mengajukan konsep “creative destruction” sebagai cara menyelamatkan ekonomi negara.

Fahaman neo-liberal ini sekarang sudah meresap masuk ke dalam kerajaan selepas PRU14. Maka tidaklah memeranjatkan apabila aset-aset milik syarikat GLC dan GLIC mula dijual sebagai langkah menyusun semula struktur ekonomi negara.

Dari sebuah struktur ekonomi yang hybrid atau bercampur kepada sebuah ekonomi yang memisahkan diantara kerajaan dan swasta. Yang akan merasa seronok ialah puak neo-liberal walaupun amalan neo-liberal ini akan mengujudkan perkongsian kemewahan yang songsang.

Songsangnya kerana golongan elit yang kaya raya bakal menguasai sebahagian besar kemewahan negara. Keadaan ini sudah pun ketara di Amerika Syarikat dan negara2 dimana kerajaan hanya menjadi “regulator” dan tidak berperanan dalam soal-soal ekonomi.

Dengan penjualan aset-aset Khazanah Nasional terutamanya aset-aset luar negaranya, akan terhentilah usaha Khazanah dimajukan sebagai sebuah dana kemewahan negara. Penjualan aset-aset luar negara nya juga strategi yang pelik kerana pemilikan aset-aset ini sebenarnya tidak menganggu peranan sektor swasta negara.

Dana kemewahan Norway, iaitu yang paling berjaya di dunia, umpamanya disyaratkan untuk melabur hanya di luar negara itu. Tetapi bagi kerajaan PH, Khazanah dikehendaki untuk melupuskan aset-aset luar negaranya. Ia mungkin menepati kehendak neo-liberal kerana Amerika Syarikat juga tidak memiliki dana kemewahannya.

Tapi adakah Amerika Syarikat itu contoh ekonomi yang terbaik? Mengapa tidak mencontohi dana-dana milik Norway dan Singapura dan kukuhkan Khazanah Nasional sebagai suatu usaha terpenting kearah perkongsian kemewahan bersama?

Bukankah perkongsian kemewahan bersama ini juga slogan ekonomi Malaysia Baharu?

Ditulis oleh: Tan Sri Shahrir Samad

M2C

Menyajikan artikel dan ulasan terkini isu-isu kewangan, perbankan, perniagaan, polisi dan teknologi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button