Umum

Cukai Soda Perubahan dalam Sistem Percukaian di Malaysia

Pada 1 Julai 2019, Kerajaan telah melaksanakan cukai soda ke atas minuman yang bergula. Alasan kerajaan untuk melaksanakan cukai ini adalah kerana kadar peratusan rakyat Malaysia yang memghidap penyakit diabetes meningkat daripada 15.2% kepada 17.5% dari tahun 2011 ke tahun 2015.

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah membentangkan Belanjawan 2019 pada November tahun lepas untuk mengenakan beberapa jenis cukai. Pada awalnya, duti eksais ke atas minuman bergula dikenakan pada 1 April 2019. Namun, Kerajaan telah melanjutkan sehingga 1 Julai 2019.

Kerajaan akan mengenakan duti eksais sebanyak RM 0.40 ke atas minuman bergula dengan menggunakan ‘threshold’ kandungan gula seperti berikut:

Jus buah-buahan dan jus sayur-sayuran sama ada mengandungi gula tambahan atau tidak, atau mengandungi gula tambahan atau tidak, atau mengandungi bahan pemanis yang lain di bawah kepada tariff 20.09, dengan kandungan gula melebihi 12 gram setiap 100 mililiter.
Air minuman berkarbonat yang mengandungi gula tambahan atau bahan pemanis yang lain atau berperisa, termasuk minuman lain tanpa alcohol di bawah kepala tariff 22.02, dengan kandungan gula melebihi 5 gram setiap 100 mililiter.

Pelaksanaan cukai ini antara salah satu cukai terbaru yang kerajaan akan laksanakan, terdapat beberapa lagi cukai bary yang akan dikenakan pada masa akan datang seperti cukai perkhidmatan digital sebanyak 6% pada 1 Januari 2020 untuk perkhidmatan seperti Steam, Netflix dan Spotify.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker