Kewangan

Cara Kira Zakat ASB Financing

Kiraan ini adalah berdasarkan daripada Lembaga Zakat Selangor.

(Dividen x 72%) x 2.5%

Contoh (Tahun Pertama):
Pinjaman ASBF : RM200,000
Dividen (andaian dividen 7%) : RM14,000
Jumlah zakat perlu dibayar: (RM14,000 x 72%) x 2.5% = RM10,080 x 2.5% = RM252

Maka jumlah zakat yang wajib dibayar adalah RM252.

Kenapa dividen dikalikan dengan 72% darab?

Ia peratusan terbaru pelaburan PNB patuh Syariah. Hanya bahagian yang patuh Syariah sahaja dikenakan zakat. Kenapa negeri lain beza kiraan?Sebab kiraan ini bergantung kepada Fatwa Negeri masing-masing. Di Selangor, ASB harus tetapi dividen yang diterima perlu dibersihkan dari sumber tidak patuh syariah.

Fatwa ini sifatnya boleh berubah bergantung kepada kajian dan situasi terkini. Sebab ia isu baru yang memerlukan ijtihad dari pemerintah. Ia mungkin berubah pada masa akan datang. Orang awam yang takde kemampuan keluarkan hukum sendiri dari dalil sahih, boleh ikut fatwa.

Berdasarkan pengalaman lepas, fatwa Selangor paling hampir dengan kepatuhan syariah (Shariah-compliant) daripada Securities Commission Malaysia (SC). Peratusan patuh syariah ASB (PNB) meningkat lagi tahun ini kepada 72% dari 69% tahun lepas. Minimum 2/3 seperti semua penarafan lain dari SAC.

Tulisan ini diambil daripada Faisal Rahim. Beliau merupakan amil zakat di Selangor.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Close
Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker