Polisi

Cadangan Pengambilalihan Plus Oleh RRJ Capital: Solusi Jangka Pendek!

Baru-baru ini, beberapa laporan media mendedahkan hasrat sebuah firma ekuiti berpangkalan di Hong Kong, RRJ Capital untuk mengambil alih operator lebuh raya negara, PLUS Malaysia dengan nilai pengambilalihan RM3 bilion. Cadangan pengambilalihan firma yang diasaskan oleh Ong bersaudara iaitu Richard dan Charles Ong itu telah diserahkan kepada Khazanah Nasional dan Kementeria Kerja Raya pada minggu lepas menurut satu sumber.

Jika cadangan tersebut diterima, RRJ Capital yang mempunyai aset pengurusan bernilai US$15 bilion bersedia menawarkan pengurangan tol sebanyak 20%. Namun menurut pakar-pakar ekonomi, mereka melihat langkah tersebut sebagai solusi jangka pendek kerana masih tidak memberi penyelesaian kepada tol berpatutan seterusnya membawa kepada pemansuhan tol. Bagi Pengurus Pembangunan Perniagaan, Putra Business School (PBS), Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, tawaran yang diberi firma tersebut memang baik tetapi apakah ia seharusnya menjadi keutamaan pihak kerajaan ketika ini.

Ini kerana menurut Prof Ahmed Razman, pengguna masih tetap membayar tol untuk satu tempoh yang lama walaupun kadar tol berkurangan. Dan ini dianggap bertentangan dengan manifesto kerajaan pemerintah PH sebelum PRU Ke-14 yang mahukan pemansuhan tol lebuhraya bagi meringankan beban rakyat. Tambahnya lagi, “Menerima tawaran pengambilalihan ini dilihat solusi jangka pendek dan tidak menangani isu bayaran tol yang berpatutan seterusnya membawa kepada pemansuhan tol.”

Kata seorang pakar industri yang enggan dikenali, nilai pengambilalihan yang dinyatakan itu dianggap baik tetapi berada pada tahap paling minimum untuk nilai ekuiti PLUS. Ini kerana nilai ekuiti PLUS dianggarkan antara RM3 bilion hingga RM6 bilion. Sebagai pembeli, mereka harus mencari harga paling minimum untuk melengkapkan pembelian. Bila ditanya bagaimana RRJ Capital menentukan nilai pengambilalihan sebanyak RM3 bilion, pakar tersebut berpandangan firma tersebut mengambil kira aliran kutipan tol masa hadapan dan diskaun 20% yang dinyatakan.

Sementara itu, seorang penganalisis sebuah pelaburan berpandangan kerajaan seharusnya tidak memiliki konsesi lebuh raya itu dan harus melepaskannya sekiranya perjanjian yang ditawarkan bersifat menang-menang kepada kerajaan dan rakyat. Tambahnya lagi, tawaran tersebut dilihat munasabah kepada pemegang saham PLUS iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional. Kedua-dua entiti itu memegang keseluruhan saham PLUS dengan Khazanah melalui UEM Group (51%) sementara KWSP mempunyai pegangan sebanyak 49%.

Bagaimanapun tambahnya lagi, ianya dianggap tidak munasabah bagi kerajaan menjadikan semua lebuhraya sebagai bebas berikutan kedudukan kewangannya yang kurang stabil. Justeru, langkah terbaik dalam isu ini ialah pengurangan kadar tol dan tidak lagi mengenakan kenaikan tol kerana dilihat lebih berkesan berbanding memenuhi manifesto mereka itu.

Sumber
Rasid, Amir Hisyam. (2019). It is just a short-term solution. New Straits Times
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain
Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker