Ad
Ekonomi

Bursa Semakin Murah, Tetapi Tidak Ramai Membeli

1. Bursa Malaysia, (FBM-KLCI) kini adalah bursa utama paling tidak ‘perform’ di seluruh Asia.

2. Bursa Malaysia kini juga berada pada ‘valuation’ terendah sejak sedekad yang lalu, terendah sejak krisis global 2008.

3. Book valuation hanya pada 1.5x ‘Book value’, terendah sejak 2009, manakala ‘Earnings’ Bursa Malaysia kini berada pada paras -12% dan hanya 4% lagi untuk masuk ke bear market.

Ad

4. Anehnya walaupun Bursa Malaysia berada pada ‘valuatio’n rendah/murah, namun pelabur-pelabur global telah keluar dari Bursa Malaysia untuk tahun ini sahaja sebanyak USD2 Billion.

5. Kebanyakan pelabur melihat isu penjimatan kerajaan, ringgit yang lemah, ketidaktentuan penyerahan jawatan PM oleh Tun M sebagai risiko utama untuk melabur di Malaysia.

6. Walaupun sentimen bisnes dilihat menerima kesan besar dan negatif berikutan langkah kerajaan mengurangkan perbelanjaan kononnya mengurangkan hutang, namun isu ketidaktentuan penyerahan jawatan PM dilihat sebagai fokus utama pengurus pelabur untuk melabur di Bursa Malaysia.

7. Hal ini berikutan, terdapat spekulasi bahawa walaupun Tun M telah berjanji untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar, kebanyakan orang dalam pasaran melihat ada gerakan daripada menteri ekonomi, DS Azmin dan anak Tun M in the running untuk posisi PM tersebut.

8. Sentimen terhadap Bursa Malaysia juga makin merosot didokong oleh data makro GDP yang makin menguncup iaitu 4.4% tahun lepas, iaitu paling perlahan sejak 2016 dan juga ura-ura FTSE Russell untuk menyingkirkan Bursa Malaysia dari senarai World Government Bond Index badan pelaburan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button