Kewangan

Bursa Martketplace Perkenalkan Platform Virtual Belajar Saham PERCUMA

Baru-baru ini, Bursa Malaysia telah lancarkan satu platform virtual untuk belajar saham secara percuma dengan kolaborasi beberapa pakar analisis saham iaitu Mirror, Learn, Trade (MLT).

Kita mungkin biasa dengar copytrade, itulah konsep yang digunapakai dalam MLT (mirror trade), malah lebih dari itu. Dengan MLT, Bursa Malaysia telah menjadikan platform ini sebagai tempat pembelajaran yang lebih interaktif dengan akses secara terus kepada pakar analisis bertauliah.

Program ini sangat sesuai bagi mereka yang baru hendak menjinakkan diri dalam pelaburan saham. Terutama sekali bagi mereka yang tidak tahu nak beli saham apa dan mereka yang hendak tahu lebih lanjut strategi pelaburan apa yang perlu digunakan berdasarkan keadaan ekonomi semasa.

Platform MLT ini boleh diakses oleh semua orang secara percuma. Setiap pengguna akan dibekalkan RM100,000 virtual sebagai permulaan. Seterusnya, pengguna boleh gunakan duit virtual ini untuk melabur dengan ‘meniru’ strategi dan pembelian saham oleh pakar-pakar analisis.

Pakar analisis akan berkongsi strategi yang digunakan dalam pembelian portfolio saham mereka. Dari sinilah pengguna boleh belajar secara terus sambil merasai keseronokan menjana keuntungan secara virtual.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker