Ad
Info KesihatanUmum
Trending

Burnout – Apabila Dah Merasa Penat Sebab Stres Melampau

burnout sering berlaku dan menyebabkan seseorang itu hilang motivasi untuk meneruskan kerjanya.

Burnout adalah keadaan di mana kemampuan kapasiti mental sudah tidak mampu menanggung stress hingga tidak mampu membuat apa-apa kerja. Dalam situasi hari ini, burnout sering berlaku dan menyebabkan seseorang itu hilang motivasi untuk meneruskan kerjanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini sudah meletakkan job burnout sebagai salah satu masalah yang serius dalam kesihatan mental.

Antara simptom burnout:

Ad
  • terasa mudah untuk penat
  • terasa sinikal dengan kerja yang dilakukannya
  • hilang motivasi dan keyakinan diri
  • hilang sikap professionalisme
  • enggan untuk mempedulikan pendapat orang lain
  • tidak mampu untuk berfikir secara kreatif

Kesan burnout:

  • Insomnia
  • Tekanan jiwa
  • Keletihan
  • Hilang minat
  • Mudah marah atau sedih
  • Penyalahgunaan dadah dan alkohol
  • Tekanan darah tinggi
  • Mengalami sakit jantung
  • Keresahan (anxiety)

Cara untuk mengatasi burnout:

  1. Berehat dan tenangkan fikiran.
  2. Berbual dengan orang lain tentang masalah yang ada.
  3. Minta untuk melakukan tugas lain.
  4. Cari jalan untuk bagaimana menjadikan kerja itu lebih seronok.
  5. Cari motivasi dan inspirasi.
  6. Bersenam.
  7. Tidur dengan secukupnya.
  8. Melakukan aktiviti yang menenangkan jiwa (solat, yoga, berzikir etc.)
  9. Mencari hobi baru.
  10. Minta pertolongan dari yang pakar.

Related Articles

Back to top button