Ekonomi

Bon Kerajaan Dituruntaraf

2 hari lalu DBS Research telah menurunkan taraf bon Kerajaan Malaysia daripada ‘bullish kepada neutral.

Penarafan untuk menurunkan taraf bon kerajaan ini adalah berdasarkan penarafan nilai yang dilihat semakin tinggi dan juga risiko yang makin bertambah.

Di antara risiko utama yang menyebabkan penarafan baru itu adalah ketidaktentuan yang dilihat akan menyelubungi bon-bon kerajaan Malaysia adalah jangkaan kesan kepada MGS selepas semakan FTSE Russell’s yang akan dilaksanakan pada September nanti.

Hal ini adalah kerana, jika betul bon-bon kerajaan akan dituruntaraf daripada World Government Bond Index (WGBI) oleh FTSE Russells pada September nanti, kebanyakan penganalisis menjangkakan akan berlakulah aliran keluar modal yang signifikan.

Malah ada di antara penganalisis yang mejangkakan ianya akan mencecah sehingga RM8.8 bilion pengaliran keluar modal.

Selain itu keputusan Dana mahsul Norway yang bernilai US$1 trillion untuk mengeluarkan bon-bon kerajaan Malaysia daripada indeks tanda arasnya pada awal April yang lalu yang akan melibatkan bon-bon kerajaan yang berjumlah US$2 Billion juga dilihat sebagai risiko utama kepada ketidaktentuan bon kerajaan Malaysia.

Kesan jangka pendek yang akan berlaku akibat daripada kedua risiko di atas adalah kos pinjaman (kadar faedah untuk pinjaman kerajaan) akan meningkat dan nilai matawang ringgit akan semakin menurun daripada nilaian yang ada sekarang.

Sumber
Govt Bond Downgraded
Selanjutnya...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close