Isu Semasa

BMBF Bercanggah Dengan Perlembagaan? Benarkah?

Kempen mendahulukan produk bumiputera atau Muslim (BMBF) merupakan suatu leaderless movement bertujuan untuk menggalakkan produk keluaran Melayu dan Bumiputera. BMBF meletakkan tiga hirakri pembelian,

(a) membeli produk BMBF dikedai milikan BMBF

(b) membeli produk keluaran BMBF di kedai bukan Melayu dan Bumiputera

(c) membeli barangan bukan keluaran Melayu dan Bumiputera di kedai BMBF.

Terdapat lima tujuan gerakan BMBF iaitu

  1. meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan perusahaan bersaiz kecil dan sederhana dikalangan Melayu dan Bumiputera (SMEs),
  2. salah satu langkah didalam memecahkan pasaran dan menurunkan harga barang komoditi,
  3. mengurangkan jurang ekonomi,
  4. menolong syarikat milikan Melayu dan Bumiputera yang suka bersedekah,
  5. meningkatkan kuasa pengguna dikalangan Melayu dan Bumiputera didalam memilih suatu produk atau perkhidmatan.

Gerekan BMBF sebenarnya bukan perkara yang baru. Dasar ini telah diterima sejak zaman 1970an lagi dengan kesedaran masyarakat Muslim akan keperluan satu sistem pemantauan perusahaaan makanan Halal di Malaysia dan menuntut agar segala produk komoditi dikeluarkan adalah menetapi hukum syarak. Oleh sebab itu, pada 1968 Persidangan Majlis Raja-raja Malaysia telah memutuskan perlunya penubuhan satu badan yang membangunkan kemajuan umat Islam Malaysia terutama didalam bidang produk pemakanan. Hasil daripada perbincangan tersebut, Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah ditubuhkan yang kemudiannya dinaiktaraf kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 1 Januari 1997.

Adakah Gerakan BMBF adalah bertentangan dengan undang-undang terutamanya Perlembagaan Persekutuan. Jawapannya adalah TIDAK. Gerakan BMBF sendiri dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan berdasarkan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan setiap rakyat didalam menggunakan hartanya (Rights to property). Oleh itu, setiap rakyat Malaysia berhak untuk menentukan halatuju penggunaan hartanya & diberikan kebebasan untuk memasuki kontrak (freedom of contract) dengan mana-mana pembeli tanpa sebarang sekatan daripada kerajaan.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker