Info Niaga

Bisnes dan Konsep “Ride The Momentum”

Beberapa hari lepas aku mendapat beberapa feedback daripada rakan-rakan yang berniaga. Yang bisnes mereka mencatatkan peningkatan jualan sejak kempen #BMBF dijalankan. Kebanyakannya peningkatan antara 15% hingga 25% tetapi ada 2, 3 teman yang mencatat peningkatan jualan sehingga lebih 50%.

Ada sorang tu kata, dia nak beli kereta baru. Tak pasal-pasal kena basuh malam-malam buta. Aku kata tak sampai masanya lagi.

Aku nak pesan kepada rakan-rakan berniaga yang mendapat tempias kempen #BMBF ini supaya tingkatkan nilai QCD (Quality, Cost and Delivery) produk dan servis anda.

Dalam perniagaan anda kena pandai ride the momentum. Faham ke tak apa maksudnya? Maksudnya, tengah bisnes menunjukkan kenaikan, kebangkitan atau positif trend, masa inilah anda pergiatkan kempen pemasaran anda, dan gunakan pendapatan lebihan yang dapat tadi untuk perkemaskan QCD perniagaan anda.

Kesilapan besar kita orang meniaga ni tak ride the momentum bila bisnes sedang menampakkan kemajuan. Jangan ingat bisnes ni automatik. Trend tidak akan kekal selama-lamanya, inisiatif korang tu yang bagi korang “fighting chance for one more day” esok.

Jadi, sekarang adalah waktu untuk anda perkemas QCD bisnes anda. Inilah masanya. Usahakan penambahbaikan sehingga bisnes anda mencapai critical mass yang sihat untuk bisnes anda.

Artikel ini merupaka sumbangan Afzan Yusuf

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker