Komentar

Bila Agama Diasingkan Daripada Kehidupan

Sebenarnya bila FMT naikkan artikel pasal ‘ritual tertentu’ di sekolah semalam, sapa tak berangin termasuk aku. Tetapi bila diteliti secara mendalam, ia sebenarnya mendedahkan krisis kekurangan jiwa dalam manusia hari ini.

Geng liberal kata unsur agama tak perlu dalam pendidikan. Tetapi tanpa moral & agama dalam pendidikan, apa akan jadi? Ya, dia memang terdidik tapi jiwanya kosong. Benda yang dipelajarinya diaplikasikan pada benda salah. Lagi buruk jika kekosongan cuba diisi dengan benda negatif atau terjebak dengan kumpulan tertentu yang tawarkan ganjaran ukhrawi ekspres. Takkah bila itu berlaku, kita sebenarnya menganiaya anak-anak yang tidak berdosa ini?

Geng liberal yang terlalu memuja orang-orang besar ilmu seperti Ibnu Sina atau al-Khwarizmi terlupa golongan ilmuan Islam seperti mereka mendapat didikan agama penuh sejak dari kecil. Ibnu Sina ialah seorang hafiz pada usia 10 tahun. Dan mereka juga didedahkan dengan disiplin agama seperti hadis, kalam fiqh. Disiplin-disiplin ini yang menjadi teras kepada kajian mereka di kemudian hari.

Aku amat tertarik dengan hujah Abu Zayd al-Balkhi berkenaan jiwa. Menurut al-Balkhi, jiwa merupakan komponen penting manusiawi. Kalau jiwa/roh sakit, badan juga akan sakit bersesuaian dengan Hadis Rasulullah s.a.w berkenaan hati. Jiwa yang kosong tanpa pengisian spiritual akan merosakkan fizikal manusia. Manusia akan buat kerja gila semata-mata mengisi kekosongan atau melegakan kesakitan jiwa tanpa mengetahui diagnosis sebenar.

Sebab itu bila ada hujah mengarut dari kumpulan pelobi pendidikan liberal keluar, aku tahu kumpulan ini kalau boleh nak anak-anak Melayu ini mengikut nilai sekularisme. Tapi sekularis terlupa agamalah kunci utama kejayaan dan kesejahteraan manusia. Ya, wang, nama & kehormatan memang penting tetapi ia tidak setanding dengan kehebatan agama.

Nak tanya sekularis & liberal, apa sumbangan sekularis kepada ketamadunan dunia? Apakah ia sehebat al-Qanun (Ibnu Sina) atau al-Muqaddimah (Ibnu Khaldun)? Bolehkah ia menjadi asas semua disiplin ilmu seperti yang dilakukan al-Kindi, al-Battani & Ibnu al-Haytham? Tanpa agama, ilmu yang diajar tiada taring. Tanpa agama, ia bersifat kosong & tidak mengenyangkan jiwa.

Atas sebab itulah, aku kagum dengan kesungguhan para cendekiawan Islam dalam soal ilmu. Contohnya, Ibnu Sina dalam artikel TP semalam menderita penyakit kolik yang teruk pada tahun-tahun terakhir kehidupannya. Beliau dinasihatkan berehat dan bergiat secara sederhana. Tetapi apa jawapan Ibnu Sina, “Aku lebih rela mempunyai pendek tetapi lebar daripada panjang tetapi sempit.” Maksud beliau ialah beliau lebih rela mati pada usia singkat tetapi penuh dengan amal & ilmu daripada usia panjang tetapi tiada jasa kepada manusia. Bolehkah geng sekularis datangkan kepada aku manusia sebegini rupa, yang menabur jasa walaupun dalam keadaan sakit? Aku rasa kalau ada pun, berapa kerat sahaja yang boleh berbuat demikian.

Jadi, malulah kepada insan yang dipuja kalian ini. Insan yang bergelar Bapa Perubatan Dunia. Agama dan duniawi termasuk pendidikan bersifat saling melengkapi, bukan saling bertentangan. Jika kalian terus menolak agama dalam pendidikan, maka perangai kalian dua kali lima sama saja dengan geng teori konspirasi, geng anti-vaksin & geng anti-iklim. Atau nak lagi jauh, perangai setan sama macam pihak gereja terhadap Galileo dan Alexander Pope.

Perangai jahanam macam inilah yang dikecam keras Katip Celebi & Ibnu Khaldun. Malah, Ibnu Khaldun anggap sikap inilah yang menjatuhkan tamadun manusia dalam al-Muqaddimah. Jadi maaf kalau ada terasa tapi ini hakikat. Liberalisme lebih banyak menyusahkan daripada menyenangkan manusia. Manusia tanpa agama lebih elok konon. Kah, macam ketam mengajar anak berjalan!

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain
Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker