Info NiagaKorporat

Bidak Catur Pemain-Pemain Utama Gas Asli

Apabila kerajaan Kiev menyuarakan keinginan untuk menyertai Kesatuan Eropah, pentadbiran Kremlin di Rusia membalas dengan jawapan mudah. Selama ini Ukraine menikmati gas asli pada harga adik beradik. Jika aspirasi pro-Eropah diteruskan, Ukraine perlu membayar harga sama seperti dibayar negara-negara Eropah. Peristiwa politik yang menyusul menunjukkan sepak terajang Diplomasi Bahan Api. Gas asli merupakan sumber yang sangat penting untuk pelbagai penggunaan. Salah satu daripadanya melibatkan penjanaan elektrik untuk memanaskan rumah semasa musim salji. Tanpa gas asli, Ukraine beku.

Sementara itu di Malaysia, persaingan gas asli tidak memerlukan sebarang diplomasi halus. Penurunan harga bahan api global memberikan kesan besar kepada semua peserta industri minyak dan gas asli. Boleh dikatakan semua syarikat mengetahui implikasi yang berbangkit dalam situasi harga bahan api rendah. Disebabkan itu juga Sapura Energy menyediakan tiga teras iaitu (1) kejuruteraan di sebalik pembinaan pelantar minyak dan saluran paip laut, (2) penyelenggaraan dari keutamaan teknikal dan penggerudian yang mereka menguasai 50% pasaran global bagi pelantar bergerak (tender rig) dan (3) penjelajahan dan pengeluaran bahan api.

Walaupun perkhidmatan Sapura Energy dipelbagaikan, rangkaian perkhidmatan masih lagi terikat pada bahan api. Maka kejatuhan harga bahan api global turut memberikan impak. Prestasi kewangan yang megah bagi tahun 2015 ketika Sapura Energy merangkul 14 peluang bernilai RM5.1 bilion tidak mudah diulangi. Setahun kemudian, Sapura Energy mencatatkan kerugian sebanyak RM1.28 bilion. Walaupun rugi, mereka masih mampu merangkul lima kontrak bernilai RM1.47 bilion.

Dan demi kelangsungan perniagaan, pemain-pemain utama gas asli dalam negara ini telah menjalinkan suatu kerjasama. Pada 6 September 2019, sebuah perjanjian besar telah dimuktamadkan antara Petronas Carigali, Sarawak Shell dan pakatan Sapura Energy bersama OMV AG. Kriteria dibawah perjanjian ini ialah ketiga-tiga syarikat ini akan membekalkan gas asli untuk induk Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Dalam perjanjian ini, SapuraOMV mendapat pegangan 50% bagi kepentingan ekuiti 40%, yang mana Shell dan Petronas Carigali masing-masing mendapat 30% (Azhar, 2019). Pengeluaran gas asli daripada kawasan ini dipercayai boleh dimulakan dengan bekalan gas asli sebanyak 11.33 juta m3 pada penghujung tahun 2019. Kemuncak pengeluaran gas asli bagi operasi ini disasarkan akan mencapai 28.32 juta m3 sehari pada tahun 2023.

Itulah jumlah yang bakal disalurkan ke kompleks Petronas LNG di Bintulu. Dan kejayaan di sebalik usaha ini juga dipercayai boleh membantu usaha Sapura Energy untuk mendapatkan keuntungan secara konsisten, walaupun perlu dibahagikan kepada syarikat Austria OMV AG. Kebangkitan Sapura Energy sebenarnya sangatlah penting bagi kesinambungan perniagaan Bumiputera dalam industri hasil bumi. Jika dilihat dalam Lembaga Pengarah mereka, seramai 10 orang telah dilantik. Hanya seorang sahaja yang bukan Melayu, sekaligus mencerminkan kepentingan Bumiputera dalam kalangan 13,000 pekerja dibawah Sapura Energy.

Sumber
Azhar, K. (2019, September 6). Gas sales agreement with Petronas likely a new income source for Sapura EnergyReuters. (2019, September 6). Sapura-OMV venture expects East Malaysian gas field output by year-end(2017, November 16). Sapura Energy bags contracts worth RM1.47b. (2016, March 26). SapuraKencana earnings results fourth quarter FY2016. The Star Online. (2015, May 24). SapuraKencana gets 14 jobs worth RM5.1bil
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker