Info Niaga

Bermula Di China, 11.11 Kini Menguasai Asia Tenggara

Hari Tunggal (Single Day) ini bermula daripada China, 11.11 merupakan cuti tidak rasmi di China bagi meraikan mereka yang tidak mempunyai pasangan semenjak 1993. Kemudian, Ali Baba menjadikan 11.11 sebagai hari promosi bagi penjualan atas talian di Ali Baba. Tahun lalu, jualan pada 11.11 mencatatkan rekod tertinggi berjumlah USD31 bilion mengatasi jualan semasa Thanksgiving, Black Friday dan Cyber Monday.

Jualan 11.11 kini mula menguasai pasaran Asia Tenggara pula. Bagi jualan 11.11 tahun ini, Lazada mencatatkan jumlah pesanan sebanyak 3 juta dalam tempoh sejam pertama sahaja. Lazada beroperasi di 6 negara iaitu Singapura, Vietnam, Indonesia, Filipina, Malaysia, dan Thailand. Manakala Shopee pula mencatatkan jumlah pesanan 3 kali ganda lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Menurut laporan daripada Forrester Research, sektor runcit atas talian Asia Tenggara bakal berkembang daripada USD18 bilion (2018) kepada USD53 bilion (2023). Jumlah ini mewakili 6.5% daripada jumlah jualan runcit Asia Tenggara.

4 pemain utama bagi pasaran e-dagang di Asia Tenggara adalah Lazada, Shopee, Tokopedia dan Bukalapak. Dengan infrastruktur internet di Asia Tenggara yang masih belum matang, syarikat-syarikat ini masih mempunyai ruang yang besar untuk mengembangkan capaian mereka.

Perlumbaan di antara syarikat e-dagang kini semakin hangat, mereka cuba untuk menampilkan aplikasi yang lebih interaktif supaya masa yang dihabiskan di aplikasi lebih lama.

Lazada contohnya memperkenalkan permainan dalam aplikasinya di mana rakan-rakan boleh membantu untuk ‘memotong’ (slash) harga barang menjadi lebih murah. Shopee pula memperkenalkan satu permainan untuk menangkap item yang membolehkan pengguna memenangi hadiah atau coin.

Bagi pasaran Malaysia, dua pemain utama ini mempunyai sokongan daripada syarikat gergasi, Shopee ada Garena dibelakangnya dan Lazada pula ada Ali Baba. Shopee dan Lazada akan terus bersaing bagi menguasai kek pasaran e-dagang. Kedudukan kewangan yang kukuh membolehkan mereka memberikan teknologi terkini dan terbaik serta menawarkan diskaun bagi menarik pelanggan. Agak sukar bagi pemain baru untuk memasuki gelanggan pasaran e-dagang untuk berlawan dengan 2 syarikat ini.

Sumber
ASEAN: E-commerce set to dominate the region in 2019Singles Day started in China but now it’s catching on in Southeast Asia’s growing e-commerce marketMove over, Black Friday: These are the best Singles Day 2019 deals available nowOverview of e-commerce in Southeast Asia [market analysis]
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker