Kewangan

Berapa Banyak Hutang Boleh Buat ?

Kalau anda biasa dengar otai-otai leverage atau Others People Money (OPM) dan sewaktu dengannya, anda akan perasan mereka ni jenis risiko tinggi dan akan buat pinjaman semaksimum yang boleh untuk digunakan dalam perniagaan contohnya.

Instrumen yang biasa orang guna untuk leverage ni adalah ASB Financing atau hartanah. Yang pakar dan berpengalaman, memang ada yang menghasilkan pulangan yang lumayan. Tapi ini tidak bermakna cara ini sesuai untuk anda.

Jadi, sebagai orang yang baru nak berjinak dalam strategi leverage, formula ini mungkin dapat bantu anda untuk kawal risiko anda.

Debt-to-Assets Ratio

Biasa kita dengar Debt Service Ratio (DSR) je kan. Itu untuk kira kelayakan kita untuk buat pinjaman. Debt to assets ratio ni pula adalah untuk mengukur kemampuan kita untuk membayar segala hutang kita dengan jumlah aset yang diperoleh. Dengan kata lain, jika kita muflis contohnya, adakah aset yang kita ada mampu untuk bayar hutang-hutang kita tu ?

Formulanya mudah sahaja, jumlah hutang bahagi dengan jumlah aset yang kita ada dan dijadikan dalam bentuk peratus.

Menurut nota Shariah Registered Financial Planner (RFP) Modul 7, peratusan yang disarankan atau dikatakan sihat adalah 50% atau lebih rendah dari itu.

Mudahkan ?

Kita ambil contoh Encik Ahmad ada tiga buah rumah yang jika dicampur nilai ketiga-tiga buah rumah itu berjumlah RM888,000. Manakala baki hutang yang Encik Ahmad ada adalah RM542,000.

Selepas dikira, peratusan debt-to-assets ratio adalah 61.04%. Ini adalah lebih daripada yang disarankan iaitu 50%. Jadi bagaimana nak rendahkan peratusan ni?

Jawapannya, sama ada kurang hutang dengan cara jual salah satu rumah tu atau tambah aset.

Walaubagaimanapun, ada faktor lain yang perlu diambil kira contohnya daripada segi peratusan aliran tunai pula. Jika ketiga-tiga rumah tu boleh hasilkan aliran tunai yang positif dan boleh menanggung bayaran hutang setiap bulan, perlu kah jual rumah tu?

Nampak tak ? Dalam pengurusan kewangan, kita tidak boleh guna satu formula untuk jawab permasalahan kewangan.

Ratio ini adalah bertujuan untuk menguruskan risiko anda. Jika anda memiliki komitmen hutang yang banyak seperti rumah atau ASB Financing, bayangkan jika BNM naikkan kadar OPR, anda pasti akan terkesan juga dengan kenaikan bayaran bulanan anda.

Baca : Bagaimana Perubahan OPR Memberi Kesan Pada Poket Rakyat ?

Ada banyak lagi ratio-ratio yang perlu diambil kira. Untuk tahu lebih lanjut, silalah berhubung dengan perunding-perunding kewangan yang berlesen. Paling tidak, ratio ini mampu membantu anda untuk buat keputusan kewangan. Jangan terikut-ikut orang lain, ukurlah baju dibadan sendiri.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker