Isu Semasa

Benarkah Tabung Haji Untung Besar?

1. Hari ini Official : Lembaga Tabung Haji membuat pengumuman bahawa institusi itu memperoleh keuntungan RM440 juta daripada RM623 juta pendapatan bagi suku pertama 2019. Soalannya benarkah ia satu keuntungan besar bagi TH?

2. Saya menjangkakan mereka akan bersifat telus dengan mendedahkan perincian akaun. Tetapi yang diberi hanyalah maklumat terpilih. Tapi mari kita anggap maklumat berkenaan adalah tepat.

3. RM440 juta ini adalah keuntungan bersih setakat 3 bulan pertama. Sekiranya ia berterusan, maka keuntungan bersih bagi sepanjang tahun adalah RM1.76 bilion. Ditambah jangkaan dividen sukuk RM800 juta, maka keuntungan tahunan TH adalah RM2.56 bilion

4. Tetapi ia belum lagi mengambilkira kos haji serta bonus/elaun dan emolumen kakitangan yang biasanya meningkat pada musim haji dan akhir tahun. Berdasarkan rekod akaun 2017 (saya tidak memperoleh penyata akaun 2018), jumlah kos pentadbiran adalah sekitar RM984 juta. Tidak termasuk RM67 juta pengeluaran zakat. Menjadikan kos keseluruhan RM 1.051 bilion.

5. Ini bermakna keuntungan bersih akhir tahun ini (sekiranya trend berterusan) adalah RM1.509 bilion sahaja. Jauh lebih rendah berbanding prestasi TH pada tahun 2017 (era kerajaan lama) yang mencatatkan keuntungan bersih RM3.412 bilion.

6. Sekiranya perkara ini berterusan, maka jangkaan dividen pada 2019 adalah sekitar 2% sahaja.

7. Satu perkara yang menarik adalah pengumuman defisit simpanan RM300 juta pada suku pertama (as of 31 March). RM4.6 bilion dikeluarkan berbanding RM4.3b yang disimpan. Defisit ini sudahpun berlaku pada tempoh tersebut sedangkan hibah 1.25% yang mengecewakan hanya diumum pada 5 April. Oleh itu, Laporan suku kedua pada bulan Julai ini akan menunjukkan trend sebenar keyakinan pendeposit kepada Tabung Haji.

8. Laporan ini tidak diaudit. Jesteru itu, angkanya masih boleh dipertikai dan boleh berubah.

9. Saya berharap laporan suku kedua yang akan dikeluarkan kelak akan lebih terperinci. Jika mahu rakyat memantau prestasi Tabung Haji sepertimana janji-janji manis sebelum ini, perincian seperti senarai aset yang mengalami rosot / naik nilai, perbelanjaan pentadbiran, perbelanjaan operasi dan perincian major lain hendaklah dikemukakan sekali.

10. Maklumat terpilih bukan ketelusan.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker