Ad
Umum

Benarkah Tabung Haji Semakin Baik?

Tabung Haji akhirnya telah mengeluarkan kenyataan media bagi prestasi setengah tahun 2019. Ada beberapa perkara yang boleh dilihat daripada kenyataan tersebut.

1. Pendapatan Tabung Haji bagi suku kedua adalah sebanyak RM677 juta; meningkat sedikit berbanding RM623 juta pada suku pertama.

2. Walau bagaimanapun, keuntungan Tabung Haji telah merosot kepada RM375 juta pada suku kedua berbanding RM440 juta pada suku pertama. Jika sekiranya prestasi seperti ini berterusan, dividen tahunan adalah dijangka sekitar 2.5% sahaja.

Ad

3. Pada suku pertama, jumlah pengeluaran deposit adalah RM4.6 bilion berbanding simpanan baru RM4.3 bilion. Bermakna defisit RM300 juta. Tetapi bagi suku kedua, Tabung Haji tidak menyatakan jumlah keluar masuk deposit. TH hanya menyatakan bahawa peningkatan pengeluaran telah dijangkakan.

4. Akan tetapi, jika kita mengambil kira jumlah deposit yang layak menerima dividen bagi tahun 2018 sebanyak RM73 bilion, maka defisit pengeluaran bagi suku kedua tahun ini sahaja telah mencecah RM1.7 bilion; hampir 6 kali ganda lebih buruk berbanding suku pertama 2019

5. Lebihan aset berbanding liabiliti pada suku kedua telah bertambah sebanyak RM555 juta kepada RM1.8 bilion. Peningkatan besar berbanding untung RM815 juta ini menunjukkan aset2 Tabung Haji (saham) telah mula meningkat nilainya selepas kerajaan pusat meneruskan projek-projek kerajaan lama seperti ECRL.

Related Articles

6. Pendapatan RM1.3 bilion bagi tempoh 6 bulan pertama ini adalah terlalu perlahan berbanding prestasi-prestasi tahun sebelum. Contohnya pada tahun 2017, pendapatan kasar Tabung Haji adalah RM 4.1 bilion.

7. Seperti mana ulasan saya pada laporan suku pertama , saya masih mengharapkan pengurusan TH lebih telus dan tidak mengamalkan maklumat terpilih untuk disebarkan kepada pelabur. Maklumat terpilih bukan ketelusan.

8. Saya mencadangkan bagi laporan seterusnya, TH boleh mengemukakan langkah-langkah baru atau ruang pelaburan baru yang akan diteroka bagi meningkatkan pendapatan institusi. Bergantung kepada sukuk SPV bagi mendapatkan keuntungan bukan kaedah korporat yang betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button