Ad
Umum

Benarkah Sarawak Akan Muflis Dalam 3 Tahun?

Minggu lalu, Lim Guan Eng dalam satu majlis DAP Sarawak malam tadi memberikan amaran, Sarawak mungkin akan muflis dalam tempoh 3 tahun jika GPS terus mentadbir. Sifir beliau mudah, belanjawan tahunan Sarawak adalah RM11 bilion. Disebabkan rizab Sarawak adalah RM30 bilion, maka ia akan habis dalam tempoh 3 tahun.

Benarkah dakwaan Lim ini?

Belanjawan Sarawak pada tahun 2019 adalah RM11.91 bilion (perbelanjaan) berbanding RM 10.51 bilion hasil. Bermakna defisit RM1.5 bilion.

Ad

Benar defisit, tapi apa puncanya? Puncanya bila Kerajaan Persekutuan dalam Bajet 2019 hanya memperuntukkan RM4.35 bilion bagi pembangunan Sarawak berbanding lebih RM5 bilion untuk Sabah.

Maka tidak dapat tidak, kekurangan kerajaan Persekutuan ini perlu ditampung oleh negeri. Mereka menyediakan RM9.07 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dengan RM6.05 bilion daripadanya dikhususkan kepada kawasan luar bandar.

Tidak pernah berlaku lagi dalam sejarah, kerajaan negeri berbelanja lebih besar (2 kali ganda) daripada kerajaan pusat untuk membangunkan tanah air. Tapi ini berlaku pada zaman PH memerintah.

Sarawak juga ada kuasa dari sudut cukai jualan petroleum. Negeri-negeri Semenanjung tidak ada. Benda ini termaktub dalam Jadual 10 Perkara V (7) Perlembagaan Persekutuan. 5% cukai jualan petroleum Sarawak sahaja, kerajaan pusat perlu bayar RM4 bilion. Kalau cukai itu dinaikkan kepada 10%, maka jumlahnya menjadi RM8 bilion. Bajet dah surplus.

Satu perkara lagi, bajet kerajaan Persekutuan 2019 adalah RM314.5 bilion. Jika kita gunakan logik yang sama dikatakan Lim, Malaysia akan muflis tahun depan sebab rizab BNM cuma RM426 bilion sahaja. Logikkah begitu?

Sekarang mari kita lihat pula bagaimana prestasi Lim ketika menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dalam tempoh 5 tahun terakhir (2014-2018).

Sarawak:

2014: Hasil RM8.9 bilion. Perbelanjaan RM5.85 bilion. Lebihan RM 3.05 bilion

2015: Hasil RM6.95 bilion. Perbelanjaan RM5.99 bilion. Lebihan RM 960 juta

2016: Hasil RM5.91 bilion. Perbelanjaan RM5.56 bilion. Lebihan RM 350 juta

2017: Hasil RM6.86 bilion. Perbelanjaan RM5.81 bilion. Lebihan RM 1.05 bilion

2018: Hasil RM7.2 bilion. Perbelanjaan RM7.09 bilion. Lebihan RM 110 juta.

Secara keseluruhan bagi 5 tahun terakhir, Sarawak mencatatkan lebihan belanjawan sebanyak RM5.52 bilion

Pulau Pinang:

2014: Hasil RM 588 juta. Perbelanjaan RM962 juta . Defisit RM374 juta

2015: Hasil RM 657 juta. Perbelanjaan RM993 juta . Defisit RM336 juta

2016: Hasil RM 687 juta. Perbelanjaan RM1.1 bilion . Defisit RM413 juta

2017: Hasil RM687 juta. Perbelanjaan RM1.35 bilion. Defisit RM667 juta

2018: Hasil RM503 juta. Perbelanjaan RM1.25 bilion. Defisit RM747 juta.

Secara keseluruhan bagi 5 tahun terakhir, defisit yang terpaksa ditanggung Pulau Pinang atas perbelanjaan kerajaan negeri adalah sebanyak RM 2.54 bilion.

Bagaimana kerajaan Pulau Pinang menampung perbelanjaan berlebihan ini? Kerajaan negeri secara perlembagaannya tidak boleh membuat pinjaman luar melainkan diizinkan oleh kerajaan pusat (Perkara 111 (2))

Ada 2 cara utama.

1. Jual tanah. Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan Pulau Pinang menjual tanah dengan nilai RM 1.22 bilion antara tahun 2008 hingga 2015. Ini tidak termasuk penjualan aset oleh PDC serta jualan bagi projek Penang Masterplan dan Terowong dasar laut.

2. Pindah wang akaun amanah dan jadikan ia sebagai pendapatan kerajaan negeri. Antara 2010 hingga 2014, kerajaan negeri telah menutup / memindah beberapa akaun amanah seperti Akaun Perumahan Awam Kos Rendah dan Pinjaman Projek Bekalan Air Luar Bandar. Duitnya dipindah ke Simpanan Terkumpul Kerajaan Negeri. Amaun yang dipindahkan adalah sekitar RM240 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button