Politik dan Polisi

Benarkah Perkhidmatan Awam Gemuk?

Semalam ada seorang jutawan Koon Yew Yin (KYY) yang telah melemparkan pendapatanya dengan melahirkan rasa kesal beliau kerana berasa telah ‘tertipu’ membayar cukai yang digunakan untuk membayar gaji para penjawat-penjawat awam yang bagi beliau terlampau ramai dan berproduktiviti rendah.

Benarkah dakwaan ini?

Ada beberapa sisi yang kita mungkin perlu tengok apabila membicarakan mengenai saiz perkhidmatan awam di Malaysia. Ianya adalah seperti yang berikut:

1. Perbandingan nisbah Penjawat Awam:Populasi di antara tahun 2003 dan 2018

2003:
– Populasi: 25 Juta
– Penjawat awam: 1 Juta
– Ratio: 1:25

2018
– Populasi: 32.4 Juta
– Penjawat awam: 1.62 Juta
– Ratio: 1:20

2. Pecahan-pecahan terbesar yang terdapat di dalam pie penjawat perkhidmatan awam di Malaysia.

Pendidikan (Guru): 421,828 (2016)
Keselamatan (Tentera): 152,357 (2018)
Keselamatan (Polis) : 121,507 (2017)
Kesihatan : 268,014 (2018)
Keseluruhan: 963,703/1.62 Juta (59.48%)

3. Perbandingan nisbah penjawat awam negara-negara lain apabila digabungkan seperti di Malaysia.

Jika digabungkan semua perkhidmatan awam dibawah satu payung seperti di Malaysia:

i) France:
France contohnya, mereka mengasingkan jumlah kepada 3 kategori perkhidmatan awam, hospital/kesihatan dan juga keselamatan dan kalau digabung ketiga-tiga ni jumlah penjawat awam mereka adalah mencecah 6 juta orang, populasi France adalah 60 juta.

Nisbah 1:10.

ii) Germany:
Sama juga di Germany, disatukan semuanya dibawah Offentlicher Dienst, perkhidmatan awam dan separa kerajaan, jumlah penjawat awam adalah 5 juta, populasi rakyat German 80 juta.

Nisbah 1:16

iii) UK:
Selain dari 3 perkhidmatan awam yang utama iaitu, Her Majesty Civil Service, Her Majesty diplomatic service dan juga Northern Ireland Civil Service, jika ditambah dengan British Armed Forces,Police , officers of local government authorities or quangos of the Houses of Parliament, pekerja National Health Service (NHS), dan juga staff Royal Household, jumlah penjawat awam adalah 6.1 juta, populasi rakyat UK adalah 66 juta.

Nisbah 1:11

iv) Nisbah negara-negara lain jika menggunakan pengiraan yang sama seperti di Malaysia:
Amerika Syarikat (AS) 1:14
Australia 1:12 
New Zealand 1:13.

4. Definisi Penjawat awam di Malaysia yang berbeza

Kita harus fahami definisi penjawat awam di negara kita yang merangkumi semua sektor perkhidmatan adalah tidak seperti di negara lain.

Jika tiga sektor berkenaan (Pendidikan, Kesihatan, Keselamatan) tidak dirangkumkan sebagai sebahagian daripada penjawat awam seperti di negara-negara lain seperti yang disebut diatas, nisbah penjawat awam di negara kita dengan populasi rakyat Malaysia adalah dalam julat 1:44 – 1:49 (656,000:32,400,000)

Selain itu, kita kena tahu juga bahawa 2.8 peratus daripada keseluruhan 1.62 juta penjawat awam di negara ini juga adalah berstatus kontrak, yang mana kesan kewangan kepada kerajaan seperti pencen juga adalah pastinya akan berbeza dengan perkerja tetap.

5. Memenuhi Standard Antarabangsa (KPI)

Tidak dilupakan juga apabila kita berbicara mengenai perkhidmatan kerajaan, setiap darinya ada standard international/KPI yang perlu dipenuhi.

Sebagai contoh, nisbah polis mengikut populasi yang direkomendasi oleh INTERPOL adalah 1:250, kita kini berapa pada 1:270 (120K:32.4Juta).

Sama juga kepada nisbah guru dan murid, di mana nisbah guru dan murid kita adalah pada nisbah 1:11 jika dibandingkan dengan 1:31 pada tahun 1970an. Nisbah yang mana jauh lebih baik daripada purata OECD (1:16) & purata negara berpendapatan tinggi (1:14).

Nota Kaki:
Dalam laporan OECD ada banyak negara yang mana lebih daripada 50% penjawat awam mewakili pie peluang pekerjaan dalam negara mereka. Dan tahukah anda bahawa negara kita Malaysia adalah merupakan negara yang dianggap sebagai balanced country.

Sebagai kesimpulan, definisi penjawat awam di negara kita yang merangkumi semua sektor perkhidmatan seperti pendidikan, kesihatan dan keselamatan adalah tidak seperti di negara lain.

Maka berdasarkan dari fakta dan data yang dibentangkan diatas, adakah sememangnya benar bahawa sektor awam di negara kita sememangnya ‘gemuk’?

Jika benar ianya ‘gemuk’ apakah langkah-langkah yang patut diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan kemelut ini?

Dan adakah kerajaan hari ini mempunyai political wills yang kuat untuk mengurangkan jumlah penjawat awam?

Sektor yang melibatkan pekerjaan yang mana pula yang mahu di’kuruskan’ oleh kerajaan?

Guru? Polis? Tentera? Kesihatan?

Tepuk dada tanya akal.

Fikir-fikirkanlah.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker