Ekonomi

Benarkah 130,000 Peluang Pekerjaan Telah Tercipta Dan 600,000 Kekosongan Pekerjaan Selama 8 Bulan?

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara berkenaan dengan kekosongan pekerjaan dan peluang pekerjaan tercipta dari suku kedua tahun 2018 sampai suku kedua tahun 2019 menunjukkan sebaliknya.

Pertama sekali, YB Kulasegaran bukan saja memberitahu angka peluang pekerjaan dan jumlah kekosongan masing-masing sebanyak 130 ribu dan 600 ribu. Tapi, beliau juga memberitahu berkenaan dengan tempoh masanya adalah 8 bulan. Mengikut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara, tempoh masa sebenar adalah selama 15 BULAN.

Dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat, YB Kulasegaran menjawab soalan YB Datuk Ismail Sabri bahawa 130 ribu pekerjaan telah tercipta selama 8 bulan. Sebenarnya, angka yang tepat adalah 128 ribu pekerjaan telah tercipta selama 15 BULAN dan bukannya 8 bulan.

Berikut adalah peluang pekerjaan tercipta untuk setiap suku;
Q218 – 27 ribu
Q318 – 22 ribu
Q418 – 24 ribu
Q119 – 23 ribu
Q219 – 27 ribu

Maka, hasil campur keseluruhannya adalah 128 ribu peluang pekerjaan telah tercipta. Itupun mengambil masa selama 15 bulan.

Bacaan berkaitan: Belanjawan 2020: Graduan Kerja

Mana 1 juta peluang pekerjaan?

Seterusnya, mengikut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara berkenaan dengan jumlah kekosongan pekerjaan yang terbaru pada suku kedua tahun 2019 adalah sebanyak 218 ribu sahaja. Bukannya 600 ribu seperti yang beliau dakwa dalam Dewan Rakyat.

Berikut adalah jumlah kekosongan pekerjaan;
Q218 – 200 ribu
Q318 – 195 ribu
Q418 – 198 ribu
Q119 – 201 ribu
Q219 – 218 ribu

Secara keseluruhannya, hanya 128 ribu peluang pekerjaan tercipta dan 218 ribu kekosongan pekerjaan dalam masa 15 bulan.

Sumber
Department of Statistics Malaysia. (2019). Employment Statistics Second Quarter 2019Department of Statistics Malaysia. (2019). Employment Statistics First Quarter 2019Department of Statistics Malaysia. (2019). Employment Statistics Fourth Quarter 2018Department of Statistics Malaysia. (2019). Employment Statistics Second Quarter 2018.
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker