BeritaEkonomi

Belanjawan 2020 : Kerajaan Pelawa Rakyat Kemukakan Cadangan

Belanjawan 2020 tersebut akan dibentangkan pada 11 Oktober depan.

PUTRAJAYA, 8 Ogos — Orang ramai dipelawa untuk menyumbang cadangan masing-masing bagi penyediaan input Belanjawan 2020 secara dalam talian di laman web khusus – belanjawan2020.treasury.gov.my mulai 9 Ogos sehingga 11 September, 2019.

Belanjawan 2020 tersebut akan dibentangkan pada 11 Oktober depan.

Semakan kami pada jam 7 malam tadi, laman web khas ini masih belum beroperasi.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, sumbangan idea itu bagi membolehkan semua lapisan masyarakat turut sama terbabit mengemukakan pandangan selaras dengan usaha kerajaan membina negara dan menyejahterakan rakyat.

“Justeru, rakyat boleh menggunakan pelbagai saluran untuk berkongsi input atau cadangan di laman web khas belanjawan2020.treasury.gov.my dan menggunakan tanda pagar (hashtag) #belanjawan2020 di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter,” kata kementerian itu.

Malah, sejajar usaha itu, kerajaan telah menganjurkan Majlis Konsultasi Bajet iaitu forum utama untuk pelbagai pihak mewakili sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi menyumbang idea dan cadangan konstruktif untuk dipertimbang sebagai input dalam merangka strategi dan langkah-langkah berkaitan belanjawan.

“Di samping itu, beberapa siri konsultasi kumpulan fokus akan turut diadakan bersama kerajaan negeri seperti Johor, Kedah, Perak dan Sabah serta kementerian bermula esok (9 Ogos).”

Tags
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker