Polisi

Belanjawan 2020: Graduan Kerja

Satu realiti telah membaham rakyat Malaysia. Menara gading tidak lagi memberikan jaminan kepada anak muda. (Baca: Kadar Pengangguran Belia di Malaysia Membimbangkan). Dewasa ini, ramai dalam kalangan graduan sedang sengsara dalam usaha mendapatkan kerja. Dan golongan bekerja pula dengan angkuh mengherdik bahawa mereka terlalu memilih. Sedangkan golongan graduan telah terbukti menyertai ekonomi gig demi sesuap nasi. Maka dalam Belanjawan 2020, kerajaan melaksanakan inisiatif untuk membantu mereka.

Bacaan berkaitan: Belajar Tinggi Tetapi Kerja Grab: Belenggu ‘Terlebih Layak’ Yang Kian Relevan

Menurut Lim Guan Eng, usaha kerajaan dibahagikan kepada empat program: (1) #Graduan Kerja (pengambilan graduan menganggur 12+ bulan), (2) #Wanita Kerja (menghasilkan 33,000 peluang pekerjaan setahun untuk wanita 30-50 tahun yang sudah berhenti kerja), (3) #WatanKerja (program kesamarataan kos pengambilan untuk mengurangkan kebergantungan keapda warga asing) dan (4) #PerantisKerja (memberikan elaun tambahan untuk pelajar kursus TVET).

Dibawah #GraduanKerja, kerajaan bersedia untuk menawarkan insentif RM500 sebulan selama dua tahun sebagai tambahan. Setakat ini seramai 200,000 anak muda bergraduan antara 24 tahun keatas masih belum mendapat pekerjaan.

Sungguhpun begitu, terdapat sedikit tamparan bagi anak muda. Umumnya, graduan-graduan menganggur sedang menghadapi tekanan kewangan semasa. Dan RM500 ini tidak dapat digunakan bagi menampung tekanan tersebut. Ini kerana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diberikan kepercayaan bagi mengendalikan insentif ini memalu mekanisme sedia ada.

Bacaan berkaitan: Apakah Perkerjaan Yang Bakal Dicipta Dengan Peruntukan RM6.5 Bilion?

Bermakna, destinasi insentif RM500 itu ialah akaun KWSP sendiri, BUKANNYA akaun bank simpanan. Jika kerajaan menyalurkan insentif RM12,000 (dua tahun) dalam akaun KWSP, perkara ini malang sekali tidak boleh begitu membantu graduan-graduan yang dalam pengangguran. Sebarang bentuk simpanan persaraan sudahpun bersifat anti-thesis bagi masalah semasa anak muda.

Masih belum terlambat bagi kerajaan untuk mengubah pendirian hanya bagi destinasi insentif tersebut. Memang benar simpanan dalam KWSP pun boleh dikatakan besar keuntungannya. Jika RM100 dipotong dari setiap gaji untuk 20 tahun seterusnya, termasuk juga dengan insentif ini, simpanan pekerja tidak mustahil boleh sentuh enam angka pun.

Namun sasaran insentif ini ialah anak muda yang menganggur. Amatlah tidak relevan jika manfaatnya dibelanjakan semasa mereka 55 tahun yang mungkin segelintir dalam kalangan mereka sudahpun menemui ajal. Pendekatan kerajaan untuk mengurangkan dan menghapuskan kebergantungan kepada pekerja-pekerja asing merupakan suatu usaha yang baik. Namun begitu, perlaksanaannya juga perlu menepati kepada fitrah diharapkan: bantu anak muda semasa anak muda.

Sumber
Belanjawan 2020 #MalaysiaKerja Wujudkan 350,000 Peluang KerjaGovernment To Provide Cash To Local Workers Who Replace ForeignersInsentif Belanjawan 2020 Mampu Wujud 350,000 Pekerjaan Dalam 5 Tahun
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker