Ad
Umum

Belanjawan 2020: Foodbank Malaysia

Dalam pembentangan Belanjawan 2020, kerajaan Harapan memperuntukkan RM25 juta untuk urus, tadbir dan perluaskan program Food Bank ke seluruh negara. Lebih RM700 juta lagi diperuntukkan bagi menyokong pertubuhan kebajikan termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti-aktiviti bantuan. Belum lagi dikira dengan sumbangan RM4.6 juta kepada Pusat Aktiviti Warga Emas dan RM20 juta bagi Pusat Latihan Berdikari untuk orang kelainan upaya.

Jika saluran kewangan ini sampai kepada tempatnya, tentu sekali ramai dalam kalangan orang susah mendapat manfaat yang besar. Food Bank merupakan inisiatif mulia yang mengagihkan semula 3,000 tan metrik lebihan makanan yang diderma setiap hari kepada golongan memerlukan. “Lebihan makanan” perlu difahami dengan teliti, kerana ia tidak sama sekali bermaksud sisa seperti yang didendangkan anasir-anasir politik tidak bertanggungjawab.

Jika ikut data selepas pelancarannya di Pulau Pinang, sebanyak 45,850 keluarga mendapat manfaat daripada program ini. Jika keluarga ini merupakan isi rumah tiga, kelaparan hampir 140,000 orang sudah mula diperangi. Angka tersebut menghampiri 10% daripada populasi Pulau Pinang sendiri yang sentiasa berdepan dengan masalah kos sara hidup. Jadi sokongan kerajaan yang tidak terputus kepada program Food Bank memang sangatlah baik. Malaysia merupakan antara negara yang sentiasa membazirkan makanan. Sebanyak 16,650 tan sisa makanan dibuang setiap hari di Malaysia, bermakna setahun lebih 6 juta tan dibazirkan begitu sahaja. Jika angka enam juta ini disalurkan dengan betul. Untuk memerangi kelaparan, seorang manusia hanya memerlukan 1.8 kilogram sehari sahaja.

Ad

Source
16,650 Tan Sisa Makanan Dibuang setiap hariBelanjawan 2020 Bukti Kerajaan Prihatin Kebajikan RakyatInti pati Belanjawan 2020Food bank Malaysia a successWhat Are your 4 pounds made of

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button