Polisi

Belanjawan 2020 – Cuti Bersalin 90 Hari

Semasa mengumumkan Belanjawan 2020, kerajaan Harapan telah menyatakan usahanya untuk meneliti semula Akta Kerja 1955 yang mempunyai empat perkara. Beberapa pembaharuan bakal dibuat susulan penelitian-semula ini. Selain daripada jaminan penentangan gangguan seksual dan anti-diskriminasi jantina, agama dan kaum, cuti bersalin diumumkan bakal ditingkatkan tempoh dari 60 hari sedia. Maka pada tahun 2021, ibu-ibu bersalin bakal menikmati cuti 90 hari.

Pembaharuan ini memang sangatlah dinanti-nantikan, kerana dua bulan sememangnya tidak mencukupi. Lagipun 90 hari sememangnya selaras dengan piawaian antarabangsa. Namun sama seperti setiap dasar, terdapat kebarangkalian tinggi untuk majikan swasta enggan bekerjasama. Sebagai persediaan, majikan-majikan swasta bakal dikenakan tindakan.

Bacaan berkaitan: Insentif E-dompet RM30, Wajarkah Kerajaan Promosikan?

Tetapi disini timbul persoalan jika para wanita bakal dikenakan diskriminasi semasa pemilihan kerja. Tiga bulan cuti bergaji boleh mengenakan bebanan besar terhadap sebuah syarikat. Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pun sudah menyatakan kekesalannya kerana menginginkan cuti bersalin selama 98 hari. Namun kekurangan lapan hari baginya tidaklah satu isu. Sebaliknya pelanjutan tempoh pula ditimbulkan persoalan kerana katanya tidak mengikut proses yang betul.

Masalah yang ditegaskan MTUC ialah kegagalan kerajaan untuk mendapatkan pendapat pihak berkaitan seperti Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC), Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan MTUC sendiri. Terlalu awal untuk mengetengahkan isu-isu bakal berbangkit melainkan teori-teori semata-mata. Sistem cuti bersalin di serata Asia sebenarnya ditanggung majikan. Namun, di Eropah, kos penampungan cuti bersalin dikongsi secara rapi antara kerajaan, majikan dan dana keselamatan sosial.

Bacaan berkaitan: Belanjawan 2020: Graduan Kerja

Cuti bersalin juga mewajibkan para majikan untuk merancang semula tenaga buruh untuk mengisi kekosongan bagi tempoh 90 hari tersebut. Sudahlah perlu membayar gaji bersalin, majikan juga bakal berdepan dengan insentif atau penggajian pekerja sementara. Walau apa pun, 90 hari itu sendiri tidak boleh menandingi Singapura (112 hari), Kesatuan Eropah (120 hari) dan Vietnam (180 hari). Di United Kingdom, para ibu dibenarkan mengambil cuti bersalin selama setahun pun, bermula dengan 11 minggu sebelum kelahiran pun.

Sumber
Cuti Bersalin 90 Hari: MTUC Kesal Pindaan Dibuat Secara MeluluCuti Bersalin 90 Hari Mulai 2021 Majikan Enggan Beri Cuti Bersalin 90 Hari Akan Dikenakan Tindakan Parental LeaveStatutory Maternity Pay and Leave: Employer GuideTrends in Asia: Weighing the Pros and Cons of Maternity Leave [Infographic]
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker