Polisi

Bayar Hutang Dahulu Sebelum Baiki Sekolah – Kementerian Kewangan

Amatlah jelik perangai sang menteri kewangan apabila berkata bahawa negeri Sarawak perlu bayar hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat terlebih dahulu sebelum menerima bantuan baik pulih sekolah daif di negeri berkenaan.

Sebuah kenyataan yang seolah-olahnya sanggup menggadaikan pendidikan anak-anak di ceruk pendalaman Sarawak hanya kerana perbezaan politik di antara negeri dan pusat.

Juga menimbulkan persoalan adakah kerajaan pusat mengharapkan bahawa kerajaan negeri Sarawak harus membayar baki keseluruhan hutang negeri tersebut yang berjumlah RM2.37 Billion barulah bantuan baru akan di’disburse‘ kepada Sarawak? Adakah ini prosedur terbaru pusat-negeri dalam berhutang dan menerima dana?

Maka hari ini ramailah yang terkejut dan terkesima dengan kenyataan menteri berkenaan. Tidak kurang ada yang mengecam.

Saya tidak terkejut. Kenapa?

Sebab ini adalah bukan kali pertama isu “bayar hutang negeri dahulu, baru kami bayar wang sekolah daif” ini dibangkitkan.

Terdahulu pada awal April, Putrajaya telah membuat kenyataan yang sama (baca: Kemungkinan besar Kementerian Kewangan) apabila menolak cadangan tawaran pinjaman RM1 Billion untuk diberikan semula kepada kerajaan negeri sebagai sebahagian daripada peruntukan sebanyak RM2.5 Billion pembaikan sekolah daif dinegeri berkenaan yang telah dijanjikan di dalam RMK-11 dan Bajet 2018 oleh kerajaan terdahulu.

Tapi itulah ramai yang tidak tahu bahawa Sarawak masih dinafikan hak membaiki sekolah daif yang kononnya isu ini telah selesai dalam masa ‘1 hari’ pada bulan Februari lalu.

Mungkin juga sebab tak ada yang tulis karangan gelarkan YB Lim Guan Eng sebagai ‘1BillionDollarman’ apabila telah gagalkan usaha Sarawak dapatkan dana berjumlah RM1 Billion tersebut juga dalam masa ‘1 hari’

Sumber
Putrajaya tolak tawaran pinjaman RM1 bilion Sarawak baiki sekolah daifSarawak perlu bayar hutang sebelum baik pulih sekolah, kata Guan Eng
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain
Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker