EkonomiGlobal

Bank Pusat Indonesia Memotong Kadar Faedah Buat Pertama Kali Dalam 2 Tahun

Bank Pusat Indonesia memotong kadar faedah buat pertama kali dalam tempoh 2 tahun dengan tujuan untuk memangkin ekonomi Indonesia.

Bank Indonesia memotong kadar faedah sebanyak 25 mata daripada 6% kepada 5.75% pada mesyuarat polisi kewangan mereka sebentar tadi.

Ini dilakukan selepas mereka menaikkan kadar faedah sebanyak 6 kali untuk melindungi pengaliran wang keluar yang berlaku dalam tempoh sebelum ini.

Pemotongan kadar faedah juga dilakukan untuk fasiliti pinjaman mereka dan kadar faedah semalaman mereka. Bank Indonesia memotong 25 mata untuk 2 fasiliti tersebut.

Tindakan ini dilakukan sebelum jangkaan penurunan kadar faedah Amerika, ini kerana mereka mahu menjaga aliran wang keluar tetapi pada masa yang sama mereka mahu memangkin pergerakkan ekonomi mereka.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker