Ekonomi

Bank Dunia Meramalkan Pertumbuhan KDNK Malaysia Pada 4.6%

Ekonomi Malaysia dijangka akan bertumbuh secara sederhana pada 4.6%. Pada suku pertama tahun ini, ekonomi Malaysia merekodkan pertumbuhan sebanyak 4.5% disebabkan penggunaan sektor awam dan swasta yang kukuh. Namun, secara keseluruhannya aktiviti pelaburan adalah sangat lemah.

Penggunaan swasta kekal kukuh disokong dengan pertumbuhan pendapatan, kadar pekerjaan yang stabil, kenaikan gaji dan kadar inflasi yang rendah. Daripada segi penawaran pula, pertumbuhan dijangka bergerak secara sederhana kecuali sektor pertanian. Eksport dijangka bergerak perlahan akibat penurunan permintaan daripada luar negara terutamanya sektor pembuatan.

Pelaburan dijangka kekal lemah akibat pihak swasta dan awam mengambil langkah berhati-hati. Manakala sektor luaran dijangka menurun akibat permintaan global yang berkurang akibat perang tariff.

Sektor awam memainkan fungsi yang penting dalam mengubah status negara kepada status negara berpendapatan tinggi dan negara maju. Permintaan rakyat Malaysia untuk servis awam dijangka akan meningkat terutama rakyat dari kelas pertengahan. Sambil itu, gaji sektor awam masih mencatatkan nilai di bawah purata. Ini disebabkan peningkatan pekerja dalam sektor awam, jawatan, pertukaran pekerja kontrak dan kenaikan gaji dan elaun. Proses pendigitalan dan automasi memberikan cabaran kepada pengurusan sektor awam dengan perubahan skop pekerjaan.

 Bank Dunia mencadangkan kerajaan untuk meningkatkan usaha mereka dalam memberi layanan yang sama rata kepada pekerja awam. Dalam masa yang sama, tingkatkan persepsi umum kepada pentadbiran kerajaan. Melakukan pengambilan pekerja kerajaan berdasarkan merit. Meningkatkan suasana yang terbuka dalam servis awam. Mengunakan teknologi dan skill dalam pendigitalan dan automasi untuk membaiki servis awam.

Sumber
Malaysia Economic Monitor June 2019: Re-energizing the Public Service
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Close
Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker