Ad
Umum

Bail-out, Pelampung Kroni atau Kerajaan ?

Bailout adalah satu aktiviti suntikan dana kepada satu pihak atau syarikat yang sedang merudum. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan syarikat itu terus merudum dan akhirnya bankrap.

Suntikan dana boleh jadi dalam pelbagai bentuk, tidak terhad dalam pemberian tunai. Dalam kes kerajaan bailout syarikat, boleh jadi dalam bentuk pinjaman, pembelian bon kerajaan dan sebagainya.

Namun, tidak semua syarikat layak mendapat layanan ‘istimewa’ ini. Keputusan untuk bailout perlu dipertimbangkan dari segi kesannya terhadap ekonomi negara.

Ad

Sebagai contoh, syarikat tersebut merupakan simbolik utama negara atau merupakan GLC besar dan mempunyai jumlah pekerja yang ketara. Jika syarikat ini bankrap, imej dan ekonomi negara akan terpalit dan ramai pekerja diberhentikan kerja yang secara tak langsung memberi kesan kepada ekonomi negara.

Bagi mengelakkan hal ini berlaku, maka kerajaan akan beri suntikan modal terhadap syarikat tersebut. Walaubagaimanapun, ia adalah ubat yang pahit untuk ditelan oleh rakyat marhaen.

Kenapa pahit untuk ditelan?

Related Articles

Kita ambil contoh Korea Selatan seperti yang ditulis oleh saudara Ayman Rashdan Wong.

Ekonomi Korea Selatan dikuasai sepenuhnya oleh keluarga-keluarga kapitalis besar yang dikenali sebagai ‘Chaebol’. 5 Chaebol terbesar (Samsung, LG, Hyundai, SK, Lotte) sahaja telah mengawal hampir 60% daripada GDP negara.

Chaebol telah diwujudkan oleh kerajaan semasa 1960an-1970an untuk mempercepatkan proses perindustrian Korea Selatan. Selepas krisis 1997/98, Chaebol menjadi semakin berkuasa, sehingga dapat mempengaruhi proses politik. Ada yang menggelar Korea Selatan sebagai ‘Republic of Samsung’.

Pada tahun 2007, 30 Chaebol terbesar memiliki 843 syarikat, dan jumlah itu telah meningkat kepada 1,246 pada tahun 2012.

Di Malaysia, kalau tak dapat kerja, boleh berniaga lagi. Di Korea Selatan, hampir semua benda telah pun dimonopoli oleh Chaebol. Chaebol ada di mana-mana, jangan harap nak bersaing dengan mereka. Pilihan yang ada cuma belajar bersungguh-sungguh agar dapat memasuki universiti terunggul di Korea Selatan iaitu SKY – Seoul National University, Korea University dan Yonsei University. Kegagalan memasuki universiti membawa kegagalan dalam hidup, kerana harapan untuk berkerja di syarikat-syarikat Chaebol menjadi tipis. Tiada lagi langit (SKY). Ramai membunuh diri kerana itu.

Ya, harga mengejar kemajuan dalam masa singkat telah menggadaikan kebahagiaan rakyat Korea pada kepentingan Chaebol.

Salah satu tanda orang yang tak ‘happy’ ialah hilang minat terhadap hidup. Kadar bunuh diri di Korea Selatan dan Jepun adalah tertinggi di kalangan negara maju. Di Korea Selatan, 30 dari 100,000 orang membunuh diri setiap tahun; manakala di Jepun, 19 dari 100,000 orang membunuh diri setiap tahun.

Tekanan hidup yang tinggi di Korea Selatan telah membawa kepada wujudnya beberapa terma atau gerakan yang menunjukkan rakyat negara ini tidak gembira.

Antaranya ialah ‘Sampo Generation’ (삼포세대 – Generasi Buang Tiga). Generasi Buang Tiga ini bermaksud membuang percintaan, perkahwinan dan beranak daripada rancangan hidup. Ini kerana mereka rasa mereka tak mampu untuk memiliki ketiga-tiga perkara itu.

Kekecewaan dan kemarahan terhadap keadaan sosioekonomi mereka menyebabkan belia Korea mencipta istilah ‘Hell Joseon’ (헬조선) atau ‘Hell Korea’. Joseon atau Chosun ialah nama klasik bagi Korea. Mereka melihat Korea Selatan sebagai sebuah neraka yang menyeksa. Kalau diberi peluang, mereka akan meninggalkan Korea Selatan.

Kegagalan Polisi Neoliberal

Begitulah halnya yang berlaku di Chille, negara pertama yang mengamalkan polisi neoliberal.

Di Lubnan ada protes pasal cukai panggilan Whatsapp, manakala di Chile ada protes terhadap kenaikan harga tiket Metro (MRT) sebanyak 30 peso (RM 0.17) dari 800 peso ke 830 peso yang telah menyebabkan 20 maut bertempur dengan polis dan tentera.

Di Lubnan, Saad Hariri meletak jawatan sebagai PM. Manakala di Chile, Sebastián Piñera masih bertahan sebagai presiden, tapi baru saja membatalkan sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang dijadualkan pada 16-17 November. Chile menjadi negara pertama yang membatalkan sidang kemuncak APEC dalam 30 tahun sejarah APEC.

Orang luar mungkin hairan, naik 30 pesos je pun. Kalau kira peratusan pun naik 4% je, macam RM 2 naik jadi RM 2.08. Berbaloi ke merusuh?

Salah satu slogan yang dilaung oleh protester ialah “no son los 30 pesos, sino los 30 años” (bukan 30 peso, tapi 30 tahun!). Ada yang mengedarkan infografik “Chilean Iceberg” (“El Iceberg Chileno”) di Internet untuk menerangkan kenapa diorang protes: isu harga tiket hanyalah “tip of the iceberg”, sebenarnya ada banyak lagi masalah yang membuat rakyat Chile (terutamanya belia) rasa fed up. Dan semua masalah itu dikatakan berpunca daripada “neoliberalism” yang ada sejarah lebih 30 tahun di Chile.

Bacaan lanjut : Tulisan Ayman Rashdan Wong

Apa kaitan neoliberal dengan bailout ?

Sebelum itu, mari kita singkap semula antara projek-projek yang telah di ‘bailout’ :

  1. LRT Putra-Kelana Jaya : Projek ini telah bankrap dan bail-out, diambil alih oleh Prasarana milik kerajaan pada tahun 2002 dengan nilai RM5.3 bilion.
  2. LRT2 (Star-Ampang) : LRT2 telah jatuh bankrap dan bail-out oleh kerajaan pada tahun 2002, diambil alih oleh Prasarana milik kerajaan dengan nilai RM3.3 bilion.
  3. KL Monorail : KL Monorail telah diselamatkan dan diambil alih oleh Prasarana milik Kerajaan pada tahun 2007 dengan nilai RM882 juta.
  4. Bas Intrakota : Projek ini namun bankrap dan bail-out dilaksanakan oleh kerajaan pada 2003 dengan diselamatkan oleh Prasarana dengan nilai RM177 juta.
  5. Skandal Perwaja Steel : Projek ini telah diambil semula oleh kerajaan semasa zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk diselamatkan.
  6. Skandal Bank Bumi
  7. Empangan Bakun : Kerajaan terpaksa menyelamatkan projek empangan Bakun daripada terus terbengkalai dan mengalami kerugian yang besar.
  8. Proton : Proton telah diambil alih oleh kumpulan DRB-HICOM milik jutawan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari.
  9. Skandal Forex
  10. Malaysia Airlines (MAS) : MAS terpaksa menanggung kerugian forex sehingga terpaksa diswastakan dan prestasinya turun mendadak seterusnya di bail-out dengan harga yang tinggi oleh kerajaan.

Bacaan lanjut : mynewshub.tv

Simptom-simptom yang telah kita lihat di negara Chille, Korea Selatan, Jepun dan Lubnan adalah manifestasi permasalahan polisi neoliberal yang telah lama dipendam.

Kerajaan kita hari ini mengamalkan neoliberalisme ?

Dasar penswastaan, penjimatan perbelanjaan negara, pengurangan subsidi yang berlaku dalam pemerintahan kerajaan hari ini sudah cukup menunjukkan bayang-bayang kepada neoliberalisma.

Jika benar polisi yang dikatakan cekap ini diamalkan, kenapa masih banyak syarikat yang perlu di bail-out ?

Baca : Apa Itu Neoliberal ?

Kita mungkin boleh menggunakan alasan krisis kewangan 1997 sebagai sebab perlunya mengeyangkan taikun-taikun rapat untuk memastikan ekonomi negara terus bergerak. Namun, ia tidak boleh dijadikan hujah untuk siri penjualan aset negara pada masa akan datang.

Kita tidak mahu konsep ‘shared prosperity’ yang dicanangkan membawa kepada bentuk yang sama seperti ‘Chaebol’ di Malaysia dimana kekayaan yang diperoleh dikongsi bersama ‘taikun-taikun’ terdekat sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button