Umum

Bagi DAP – UEC Lagi Penting Daripada Virus

Kerajaan lepas memang ada kelemahan, tidak dinafikan. Kelemahan yang paling besar ialah kegagalan dalam komunikasi. Bukan sekali komunikasi gagal. Dan nampaknya kelemahan itu tetap ada dalam kerajaan baharu. 

Pada bulan Januari ini, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia sangat risau dengan penularan virus korona (2019-nCoV). Mana tidaknya – buka saja berita, tengok angka jangkitan meningkat. Minggu lepas dalam 800 orang, minggu kemudian sudah 6,000 lebih. Dan tujuh orang yang dijangkiti berada di Malaysia.

Dengan angin poliomyelitis, Influenza A dan 2019-nCoV, ini bukan masa yang sesuai untuk bercakap pasal hal-hal remeh. Tetapi itu tidak menghentikan Nga Kor Ming untuk berhujah pasal Unified Examination Certificate (UEC). Untuk pengetahuan semua, UEC ialah suatu peperiksaan yang khusus untuk Persekolahan Cina

Kata Kor Ming diterjemahkan daripada bahasa Cina, “DAP akan keluar pakatan jika kerajaan enggan mengiktirafkan UEC.” (Malaysia Kini, 2020). 

Penting sangatkah UEC bila negara sedang bersiap siaga terhadap 2019-nCoV? Sudahlah kerajaan makin pelik dengan menteri saman menteri (https://wp.me/paPaw2-YA), sekarang Nga Kor Ming pula sedang menyuarakan perkara yang tidak relevan. 

Kemudian Malaysia Kini (MK) dituduh pula salah petik berita daripada Oriental Daily (Hasniza, 2020). MK diseru membaiki keadaan. Dan penyunting MK telah menyunting semula artikel yang masih ada konteks keluar kerajaan.

Sumber:

Hasniza, H. (2020, January 29). Laporan dipetik di luar konteks: Kor Ming. Sinar Harian. Retrieved from https://www.sinarharian.com.my/article/67937/BERITA/Politik/Laporan-dipetik-luar-konteks-Kor-Ming

Malaysia Kini. (2020, January 29). Nga: DAP tak akan teragak-agak keluar k’jaan jika UEC tidak diiktiraf. Malaysia Kini. Retrieved from https://www.malaysiakini.com/news/508787

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker