Ekonomi

Bagaimana Perubahan OPR Memberi Kesan Pada Poket Rakyat ?

Bank sesama bank juga menjalankan transaksi pinjam meminjam. Jangan ingat pengguna sahaja yang meminjam daripada bank.

Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan jumlah minimum tunai yang perlu ada pada setiap bank. Sebab itu, jika ada pengguna yang nak keluarkan jumlah yang banyak secara tiba-tiba, bank akan tanya macam-macam. Seolah-olah macam tak nak bagi je. Boleh jadi juga untuk mengelakkan jenayah kewangan seperti money laundering.

Untuk elakkan jenayah kewangan, BNM telah menurunkan had maksimum pengeluaran tunai dalam sehari daripada RM50,000 kepada RM25,000. Jika pengeluaran lebih daripada itu, ia perlu dilaporkan kepada BNM.

Yang hairannya, jika pengeluaran tu bertujuan untuk pelaburan contohnya, bank siap boleh tawarkan instrumen pelaburan bank tu pula. Punyalah tak nak bagi duit keluar daripada bank tu. Tapi tak apa lah, masing-masing punya cara.

Berbalik pada kisah bank pinjam bank, jika Bank A kekurangan tunai daripada had yang ditetapkan, manakala Bank B ada lebihan tunai, Bank A boleh pinjam daripada Bank B. Tiada istilah free meal. Orang putih kata, business is business. Kalau pengguna yang pinjam daripada bank dikenakan kadar faedah, begitu juga bank. Kadar faedah bank pinjam bank kita panggil Overnight Policy Rate (OPR).

Apa Itu Overnight Policy Rate (OPR)

OPR ditentukan oleh BNM dibawah Monetary Policy Commitee (MPC). Seperti mana diterangkan diatas tadi, OPR adalah kadar faedah yang dikenakan kepada bank yang buat pinjaman daripada bank lain.

Berikut merupakan sejarah perubahan terkini OPR Malaysia :

Sumber : bnm.gov.my

Kenapa OPR Naik dan Turun ?

Secara ringkasnya, OPR ni macam pengimbang ekonomi. Nak faham lebih lanjut, jom kita tengok perubahan OPR pada era 2008-2009.

Dalam masa beberapa bulan sahaja, tiga kali OPR diturunkan sehingga 150 poin. Seperti mana kita tahu, 2008 adalah tahun krisis ekonomi global. Perkara ni ada diterangkan lebih lanjut dalam laporan BNM.

Antara tujuan OPR diturunkan adalah untuk terus melonjakkan ekonomi. Bila OPR diturunkan, kadar faedah juga turut turun. Dengan harapan, perniagaan atau syarikat boleh buat pinjaman untuk kembangkan lagi perniagaan.

Secara tak langsung ia akan membuka peluang pekerjaan yang seterusnya merangsangkan lagi ekonomi. Ekonomi dipacu oleh transaksi jual dan beli, jadi jika rakyat ada kuasa membeli, ekonomi boleh terus bergerak.

Walaupun begitu, jika OPR berada di tahap yang rendah dalam jangka masa yang panjang juga tidak bagus. Ini kerana ia akan mendorong pengguna untuk terus buat pinjaman dan kadar pinjaman yang terlalu tinggi juga tidak bagus.

Bagi membendung hal ini, maka OPR dinaikkan. Kenaikan OPR akan turut menyebabkan Base Lending Rate (BLR) dan Base Financing Rate (BFR) juga turut naik.

Contohnya anda mempunyai pinjaman sedia ada dengan kadar faedah 6%. Jika OPR dinaikkan sebanyak 0.25%, kadar faedah anda juga akan naik menjadi 6.25%.

Jika pinjaman sedia ada anda bersifat kadar faedah tetap seperti pinjaman peribadi dan kereta, anda mungkin tidak akan terkesan disebabkan kenaikan OPR ni.

Mereka yang terasa dengan kenaikan OPR ni adalah yang kaki beli rumah. Biasanya pinjaman rumah memang berubah kadarnya mengikut perubahan OPR.

Bagaimana dengan ASB Financing pula ? Jenis kadar faedah ASB ni dalam kategori ‘floating interest’, jadi akan berubah seiring perubahan OPR.

Kenaikan OPR tak semestinya tidak bagus. Berita baik buat mereka yang mempunyai simpanan yang banyak dalam akaun simpanan tetap, ini kerana jika OPR naik, kadar pulangan juga turut naik.

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah, nak buat pinjaman ni kena rancang juga. Jangan main buat sahaja, mentang-mentang layak buat pinjaman, hentam beli rumah sampai cukup DSR. Tak cukup lagi, pasang proksi buat pinjaman rumah. Sekarang ok lah, OPR dikekalkan. Kena masa OPR naik macam mana? Renung-renungkan dan selamat beramal.

Psst, kalau beli rumah masa awal 2008 dengan kadar OPR 3.5, boleh semak semula ke ? Sebab OPR sekarang ni kan 3.0 ?

Pergilah risik bank anda buat pinjaman rumah tu, manalah tahu boleh dikurangkan ke? Apa-apa pun, sila rujuk kepada pakar atau perunding kewangan terlebih dahulu ya.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker