Trivia

Bagaimana Orang Dulu-Dulu Mengelak Gangguan

Setiap kali bekerja, tak sah jika ada gangguan. Dan gangguan yang paling membosankan ialah gangguan telefon pintar. Sebab itulah alat untuk melayan laman media sosial, menonton video dan seumpamanya. Bagi orang dahulu, ada banyak cara untuk mengelakkan mereka diganggu. Adakalanya, cara yang dipilih bersifat radikal dan ekstrem.

1. Mencukur rambut separuh

Negarawan Yunani terkenal, Demosthenes sememangnya dikenali mempunyai kemahiran pengucapan awam yang hebat. Tetapi untuk mencapai penguasaan sedemikian memerlukan usaha dan pengorbanan dari segi rambut. Menurut Plutarch, beliau membina sebuah ruang bacaan bawah tanah di mana ia digunakan untuk membantunya berlatih dan memantapkan pengucapan awam. Demosthenes turut memutuskan untuk mencukur separuh daripada rambutnya bagi memastikan dirinya tidak keluar dari ruang itu kerana malu. Memang cara ini nampak radikal tetapi Aristophanes dan Aristarchus menggelarnya sebagai sebahagian daripada 10 orator terbaik yang dilahirkan oleh negara kota Athens.

2. Berdoa

Ahli teologi Kristian abad kelima Masihi, John Cassian sentiasa mengeluh tentang sikap orang ramai yang dilihat sukar memberi fokus kepada Bible. Ini kerana daripada sibuk membaca, fikiran mereka menerawang memikirkan benda-benda lain seperti urusan rumahtangga dan peribadi. Maka solusinya ialah mendorong mereka bekerja keras tetapi pada masa sama, bersungguh-sungguh berdoa. Menurut Cassian, kesungguhan sebegini akan menjadikan minda lebih kuat dan tidak terganggu dengan gangguan luar.

3. Jangan tergesa-gesa!

Majalah Scotland, Edinburgh Magazine pernah mengeluarkan satu artikel berbunyi, “Minda yang tergesa-gesa bila mana seseorang itu sibuk akan menghancurkan tumpuannya.” Sebaliknya, pembentukan idea-idea yang hebat memerlukan bukan saja ketenangan tetapi juga pertimbangan yang mendalam.

4. Terlalu sakit

Charles Darwin sememangnya dikenali sebagai pengkaji alam dan ahli biologi British yang terkenal. Dan sudah pasti ramai mengetahui karyanya yang bertajuk On the Origins of Species yang terus mencetuskan perdebatan sehingga hari ini. Tetapi tidak ramai tahu, sepanjang hayatnya Darwin menghidap penyakit IBS. Tetapi penyakit itu tidaklah dipandang seperti beban tetapi dianggap satu rahmat baginya. Ini membolehkan beliau memfokuskan kajiannya dalam pelbagai bidang tanpa perlu risau dengan gangguan masyarakat.

5. Bekerja pada waktu malam

Bagi warga Republik Czech, nama Franz Kafka sudah tidak asing kepada mereka. Karya-karyanya seperti Die Verwandlung, Briefe an Felice dan Der Process mempengaruhi hasil kerja ramai penulis, artis, filsuf dan pengkritik pada abad ke-20 dan abad ke-21. Tetapi dengan memilih tinggal di sebuah apartmen yang hiruk-pikuk dan ada masalah insomnia, ini bukan sesuatu yang mudah bagi penulis Bohemia tu. Justeru bagi memanfaatkan masa pada waktu malam dan mengelak gangguan, Kafka menulis dari jam 10.30 malam hingga 3.00 pagi.

6. Rutin

Penyajak, WH Auden menyifatkan rutin sebagai tanda seseorang itu mempunyai cita-cita. Tambahnya, “Cara paling pasti untuk mendisiplinkan keghairahan ialah mendisiplinkan masa, tentukan apa yang hendak dilakukan pada siang hari, kemudian lakukan perkara sama pada waktu sama setiap hari.”

7. Kerja di tempat membosankan

Penyanyi dan penyajak Maya Angelou mendedahkan beliau tidak boleh menulis di rumah kerana suasananya terlalu cantik. Justeru, Angelou sentiasa menyimpan tempahan bilik hotel untuknya menulis. Di atas mejanya, beliau menyimpan sebuah kamus, Bible, susunan kad dan sebotol alkohol.

8. Sentiasa kekal pada masa sekarang

Pelari jarak jauh British, Paula Radcliffe menyifatkan amat penting bagi seseorang itu untuk kekal fokus pada masa sekarang. Antara teknik yang digunakannya semasa menyertai perlumbaan maraton ialah mengira sehingga 100 sebanyak tiga kali dalam kepala.

9. Berhenti, lihat, dengar dan hidu

Bekas penembak hendap Jeffry Harrison mempunyai tips tersendiri dalam mengelak kehilangan fokus pada keutamaan-keutamaan yang dinyatakan. Tips ialah rehat SLLS – berhenti apa yang dilakukan (Stop), lihat sekeliling (Look), dengar apa yang berlaku sekitar (Listen) dan hidu persekitaran kita (Smell).

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker