Global

Bagaimana Jerman Membina Semula?

Hampir semua negara di Eropah perlu dibina semula selepas Perang Dunia Kedua. Kerosakan yang berlaku sangatlah dahsyat, terutamanya terhadap Jerman yang kehilangan nyawa dan kuasa perindustrian. Bermula pula dengan pengurangan populasi sekitar 6.9-7.5 juta, belum lagi dihitung kira dengan jumlah pembasmian kaum Yahudi. Secara rumusannya pula, 65% daripada industri pertanian Jerman telah ranap. Dan sempadan Jerman secara keseluruhan telah dicarik sehingga semasa Perang Dingin wujud dua Jerman pula.

Dalam Persidangan Potsdam, Harry S. Truman, Winston Churchill dan Joseph Stalin telah mencapai persetujuan untuk mengambil 25% daripada wilayah Jerman. Jumlah ini dikongsikan Poland dan Kesatuan Soviet. Antara wilayah yang dirampas Soviet ialah Königsberg yang dinamakan semula sempena Mikhail Kalinin. Penduduk di “Wilayah 25%” ini pula diusir keluar, dan Jerman pasca-peperangan menerima imigrasi dalaman besar sekitar 1.5-2 juta rakyat.

Dua tahun pertama selepas penyerahan kalah menyaksikan Jerman dikembirikan. Amerika Syarikat menjarah habis teknologi dan kepakaran sains tempatan, termasuk juga paten-paten yang telah didafatarkan di Jerman. Keuntungan intelektual yang diperolehi Amerika Syarikat (dan United Kingdom) jika dinilaikan dengan angka boleh mencecah AS$128 bilion (nilai 2019) pun. Proses penyahnazifikasian pun telah berjaya sekitar 1947 iaitu pada ketika Perang Dingin diisytiharkan dan Jerman dilihat sebagai bakal sekutu. Malahan, kebergantungan Eropah terhadap perindustrian Jerman pun mengesahkan keperluan negara tersebut dalam peperangan menentang komunisme.

Ini kerana, jika Jerman dibiar miskin dan papa kedana, rakyat tempatan mungkin lebih cenderung untuk menjulang ideologi daripada Moscow. Maka Barat tiada pilihan lain. Jerman harus dibangunkan. Pada 1948, Jerman memperkenalkan matawang Deutsche Mark yang mencetuskan pemulihan melalui Program Pemulihan Eropah.  Sebanyak AS$145 bilion (nilai 2019) dipam masuk ke Eropah Barat dalam bentuk pinjaman. Jerman merupakan antara penerima.

Rombakan dalam industri Jerman Barat berakhir pada tahun 1950. Dan angkatan ketenteraan negara-negara Barat pula keluar lima tahun kemudian iaitu tahun Jerman Barat menyertai NATO. Sekitar waktu ini, kadar pengangguran Jerman menyembam ke paras paling rendah sehinggakan kaum Turki melihatnya sebagai peluang untuk bekerja. Pembangunan pesat di Jerman (dan Austria) ini digelar Wirtcschaftswunder (Keajaiban di Rhine) yang mana demokrasi dibentukkan berdasarkan piagam Kristian.

Dua nama yang boleh dikatakan penyebab kejayaan ini. Konrad Adenaeur dan Ludwig Erhard berjaya membangunkan Jerman daripada negara belasahan ke arah kemajuan Eropah moden. Pembangunan Jerman berterusan sehinggalah tahun 1973 apabila krisis bahan api bermula.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker