Ekonomi

Bagaimana Inflasi Boleh Berlaku

10 tahun lalu kalau kita bawa RM50 ke pasar raya, mesti penuh kan troli tu, tapi sekarang dengan RM50, separuh troli pun belum tentu.

Apa itu inflasi?

Secara istilah inflasi bermaksud suatu proses meningkatnya harga-harga secara umum dan terus-menerus (continue) berkaitan dengan mekanisme pasar yang dapat disebabkan oleh berbagai factor. Bahasa mudahnya inflasi bermaksud kenaikan harga barang.

Inflasi ini perlu dalam ekonomi. Kalau harga barang tidak naik, macam mana gaji kita nak nak naik bukan. Cumanya ianya perlu naik dalam keadaan terkawal. Secara umumnya kadar inflasi adalah sekitar 3-4% sahaja setahun.

Boleh rujuk gambar kedua bagi kadar inflasi di Malaysia

Bagaimana nak kira kadar inflasi?

Terdapat beberapa cara untuk mengukur inflasi, pertamanya adalah melalui Deflator Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Deflator KDNK adalah ukuran tahap harga baru bagi barangan yang dihasilkan dalam negeri, produk akhir dan servis dalam sesebuah ekonomi. Kaedah ini digunakan untuk mengukur harga inflasi atau deflasi bagi tahun-tahun tertentu.

Cara yang kedua adalah melalui penunjuk Indeks Harga Pengguna (CPI). CPI pula mengukur perubahan tahap harga sekumpulan produk pengguna.

Sebagai contoh, jika anda biasanya membeli barangan setiap bulan menggunakan bakul, CPI digunakan untuk mengukur perubahan harga barangan bagi kesemua barang dalam bakul anda, bagi satu-satu tempoh. Dan perubahan peratusan tahunan pada CPI ini digunakan untuk mengukur inflasi.

Pendek kata, deflator KDNK digunakan bagi skala besar, dan penunjuk CPI digunakan mengukur skala kecil.

Kenapa inflasi berlaku?

Secara umumnya ada dua jenis inflasi iaitu Inflasi Tarikan Permintaan dan Inflasi Desakan Harga.

1)Inflasi Tarikan Permintaan
Inflasi ini berlaku apabila permintaan meningkat melebihi daripada kemampuan pengeluaran. Hal ini berlaku apabila permintaan meningkat dalam masa yang singkat sehingga pengeluar tidak sempat untuk menghasilkan lebih banyak barang, jadi harga terpaksa dinaikkan.

2)Inflasi Desakan Harga
Ianya berlaku apabila kos pengeluaran sesuatu barang atau servis meningkat. Peningkatan kos ini boleh terjadi atas beberapa faktor seperti:

a)Peningkatan gaji pekerja
b)Harga barang mentah meningkat
c)Peningkatan cukai

Apa kita boleh buat untuk melawan inflasi?

Cara terbaik untuk melawan inflasi adalah melalui pelaburan. Pastikan pulangan pelaburan kita melebihi kadar inflasi. Sebagai permulaan, kita boleh menyimpan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang mana pulangannya sekitar 6-7%.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker