Teknologi

Bagaimana Ekonomi Crypto Dapat Mempercepat Pelancaran Servis 5G

Di Amerika Syarikat sahaja, terdapat banyak infrastruktur yang perlu dibina dan hampir 800,000 tapak sel perlu dibina untuk menjadikannya praktikal.

Saya bukanlah pakar dalam teknologi 5G atau infrastruktur yang diperlukan untuk menyokong teknologi ini.

Tetapi ketika saya berfikir tentang semua infrastruktur yang diperlukan, tidak kira sama ada adakah strategi spektrum adalah sesuatu yang tepat, saya melihat sama ada kabel dan titik akhir di kawasan tertentu berpotensi sebagai aset milik masyarakat setempat.

Bayangkan jika persatuan pemilik rumah ingin mempunyai 5G di kawasan kejiranan mereka.

Mereka boleh menjual token utiliti yang berfungsi untuk memberikan setiap pemilik rumah berdaftar hak untuk mengakses perkhidmatan 5G di kawasan mereka. Pada asasnya saya merujuk kepada konsep DAO (decentralized autonomous organization).

Dimana mereka juga boleh menjual pas tetamu (guest-pass). Dengan cara itu, mereka boleh membiayai sebahagian daripada kos yang berkaitan dengan infrastruktur 5G dan mendapatkan perkhidmatan dan mungkin boleh melangkaui kawasan lain di mana permintaan yang sedia ada tidak dapat diukur.

Saya melihat contoh yang ada oleh penyedia perkhidmatan bernama “OpenGarden”, dimana dalam persekitaran 5G yang berkonspekan ‘crypto dalam kotak’, individu boleh membeli atau menyewa menara mini 5G untuk dipasang pada bumbung / balkoni mereka dan kemudian mendapat ganjaran berbentuk token sebagai ganti rugi,dimana dengan token tersebut orang lain boleh memanfaatkan isyarat 5G yang datang daripadanya, seperti anda menjual kemudahan wifi anda.

Pelancaran 5G adalah amat penting.

Saya tidak akan terkejut melihat model perniagaan kripto muncul untuk membantu menyokong dan mempercepatkan 5G.

Mungkin pada suatu masa nanti, jika anda ada masalah pendingin hawa yang rosak di pejabat atau rumah, boleh bayar dengan menggunakan token yang ada dalam aplikasi perniagaan setempat.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker