Kewangan

Bagaimana Dengan Pendapatan RM3,500 & Hutang 300K Masih Boleh Ada 4 Buah Rumah Sewa Dalam Masa 8 Tahun

Teringat saya akan satu kes pada tahun 2015 yang mungkin menyentuh kebanyakan pasangan diluar sana. Ianya agak panjang , maka harap boleh bersabar membacanya. Tolong jangan lihat pada angka dan nilai-nilai yang di bentangkan , lihat pada cara dan kaedah penyelesaian yang dibina. Selain itu amat penting kepada bakal pasangan untuk mengenali profail kewangan pasangan anda sebelum “I love you .. you love me” berlaku , terutama apabila telah bernikah kerana selepas tu ” I lap you .. you lap me ” akan berlaku.

Fokus utama saya adalah pada pembinaan harta , sering kali kewangan sedia ada perlu distrukturkan semula bagi memudahkan proses pembinaan harta. Oleh yang demikian saya tidak mengambil kira hati dan perasaan mereka yang terlibat di dalam proses ini, hati pengadu  , pasangan , mak ayah , sedara mara , sahabat handai dan kaum kerabat kerana hati dan perasaan mereka tidak menyumbang kepada kejayaan penstrukturan kewangan individu terbabit. Di dalam proses ini , tidak semestinya semua hutang perlu dilangsaikan untuk membina harta.

Yang Bertanya :

Assalamualaikum Tuan Zaidi Ismail Nama saya [Korang tak perlu tahu dan tiada kena mengena dengan korang] dan saya nak minta tolong tuan berikan saya idea atau motivate saya dalam perancangan kewangan yang lebih baik. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat hari raya dan ribuan terima kasih sekiranya Tuan dapat membantu saya. Saya sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak. Saya kerja kerajaan sebagai anggota polis dan isteri saya baru 7 bulan bekerja dengan kerajaan juga sebagai guru. Masalah saya yang utama dan besar adalah saya seorang yg banyak hutang semasa zaman jahiliah saya dulu. Di sini saya akan tunjukkan kepada Tuan masalah hutang2 saya yang sering menggangu kehidupan saya atas sebab saya sendiri. Di bawah ini adalah perkiraan perbelanjaan saya dan isteri yang turut sama membantu saya.

Gaji saya keseluruhan : RM 3000

Gaji isteri keseluruhan : RM 2700

  1. Pinjaman bank MBSB RM 120k dan dibayar setiap bulan RM 1050 baki hutang 15 tahun lagi
  2. Pinjaman bank rakyat saya RM 100k dan dibayar setiap bulan RM 875 dan baki hutang 17 tahun lagi
  3. Pinjaman koperasi pendidikan RM 20k dan dibayar sebanyak RM 224 setiap bulan dan baki hutang 8 tahun lagi.
  4. Pinjaman kenderaan RM 54000 dibayar setiap bulan RM 650 dan baki hutang 6 tahun lagi
  5. Pinjaman courts mammoth RM 20k dibayar RM 410 setiap bulan dan baki hutang 5 tahun lagi
  6. Segala perbelanjaan bil berjumlah RM 500
  7. Perbelanjaan taska dan anak RM 600 setiap bulan
  8. Duit minyak untuk pergi ke kerja RM 150
  9. Duit bantuan ibu dan ayah semua RM 650 setiap bulan
  10. Perbelanjaan harian keluarga makan dan minum untuk sebulan RM 650

Jadi baki simpanan yang ada hanyalah berjumlah RM 59

Saya juga ada beli sebuah rumah berharga RM 78000 di Taman Perkasa Hulu Langat pada tahun 2013 dan bayaran bulanan RM 400 dan kini telah disewa dengan bulanan RM 500

Jadi bersih saya boleh simpan sebulan RM 100 + RM 59 = RM 159 sahaja.

Boleh tak Tuan tolong selesaikan masalah saya ? Saya ucapkan terima kasih banyak2 sekiranya Tuan dapat membantu sy.Tqvm..

 Zaidi Ismail :

 wsalam ,

1. personal loan potong gaji atau bayar sendiri ?

2. Ambil skim pencen atau kwsp?

Yang bertanya :

Potong gaji melalui slip gaji Tuan dan skim pencen dan utk makluman Tuan saya dah berkhidmat selama 8 tahun manakala isteri saya baru 7 bulan dan masih skim kwsp sebab 3 tahun akan datang baru wife boleh tukar ke skim pencen.

Zaidi Ismail :

 Jangan ambil skim pencen , ambil KWSP untuk isteri

Yang bertanya :

Ok Tuan cuma saya masih tertekan memikirkam gaji saya yang kecil ni sekarang, apa perlu saya buat Tuan ?

Zaidi Ismail :

Gaji RM3K kasar atau bersih setelah tolak potong gaji?

Yang bertanya :

Gaji 3k tu kasar setelah tolak loan peribadi jadi RM 1020 sahaja sekarang ni Tuan.

Kereta,bil dan courts mammoth bayar di kaunter , Kalau ikutkan mmg zero lah gaji saya ni.

Zaidi Ismail :

Gaji bersih isteri berapa?

Yang bertanya :

 RM 2500 Tuan

 Zaidi Ismail :

 Jadi 1020+2500 = 3500 la sebulan

 Yang bertanya :

 Betul tuan

 Zaidi Ismail :

 Saya kira ada baki RM500 sebulan ; RM 3500 – kete dan lain2.

Yang bertanya :

Tapi ada komitmen lain contoh duit untuk parent, bil , courts mammoth, kos susu,pampers dan taska anak,minyak kenderaan dan makan minum serta lain2 perbelanjaan baki dalam 150 mcm tu tuan Termasuk kereta sekali tuan

Zaidi Ismail

Parents dah bagi 650 , bills RM500

Yang bertanya

 Kereta 650

Zaidi Ismail

 Perbelanjaan harian 650 , ya , kete 650

Yang bertanya

Hutang courts mammoth 410. Utk anak sahaja RM 600

 Zaidi Ismail

 Saya dah kira courths

 Yang bertanya

 Lain2 bil dalam RM 400. Baki bulan kadang RM 150 kadang tak ada langsung

 Zaidi Ismail

 Lain-lain ok.

Yang bertanya

 Apa harus saya buat? Saya kadang rasa nak jual rumah utk sselesaikan hutang lain.

Zaidi Ismail

Baki hutang rumah berapa?

Yang bertanya

Saya beli rumah RM 78000 pada tahun 2013 dengan bayaran bulanan RM 400 tapi saya sewa kat orang RM 500 sebulan, hutang selama 40 tahun tuan

Zaidi Ismail

 Berapa baki hutang dan value rumah ?

Yang bertanya

 Saya ada tanya bank dia kata value dalam RM 130k kalau tak salah la Tuan.

Zaidi Ismail

Berapa serius awak nak selesaikan semua masalah ni?

Yang bertanya

Saya belum nampak jalan lagi Tuan, harap tuan boleh bimbing saya.

Zaidi Ismail

Mudah sahaja .. kalau awak betul-betul serius la.

Yang bertanya

Memang kenaikan gaji kami setiap tahun blh sampai RM 325 sebulan. Tapi setiap kali ada duit cepat sahaja lupa dan tak tahu mana aliran wang banyak keluar.

Zaidi Ismail

 Nak buat ke tidak?

Yang bertanya

Saya nak sangat buat. Bantulah saya.

Zaidi Ismail

  1. Berhenti sementara pemberian ke ibu bapa selama 1 tahun , RM150 +650 = RM800 sebulan.
  2. Bayar kereta RM650+800 = RM1450 , jual kereta bila sampai tak perlu topup , lepas jual kereta akan ada lebihan RM150+650 = RM800. Dalam masa setahun = RM10K , boleh beli kereta tunai.
  3. Tahun berikutnya bayar RM10K pada hutang koperasi. Buat masa ni, baki hutang koperasi refinance ke bank lain untuk kurangkan bayaran bulanan.
  4. Tahun ke 3 dah boleh simpan RM150+650+100 (koperasi lepas refinace) = RM900 sebulan.
  5. Pada waktu yang sama keluarkan KWSP 2 isteri untuk bayar bayaran bulanan rumah ( tahun kedua isteri bekerja) , maka jimat lagi RM400 duit rumah selama setahun. Oleh itu , RM900 +400 (duit rumah) = RM1300 sebulan.
  6. Tahun ke 5 dah ada RM1300 x 12 = RM15,600.
  7. Refinace rumah kepada nilai semasa ( tahun ke 5) , katakan nilai semasa RM130K , dapat 90% margin tolak baki hutang katakan RM70K, hasil refinace = 130K X 90% – 70K = 47K.
  8. Maka RM15K simpanan + 47K = 62K.
  9. Selesaikan hutang koperasi , katakan RM10K , baki 52K
  10. Simpanan RM52K dah boleh beli kereta cash RM30k
  11. Baki RM22K dah boleh buat modal beli rumah sewa kedua bernilai RM150K.
  12. Masa tu courts mammoth pun dah habis bayar ( sebab hanya 5 tahun sahaja) .
  13. Oleh itu simpanan RM1300 + 400 (courts) + 200 (koperasi) = RM1900 sebulan
  14. Katakan , bayaran rumah lepas refinace naik dari 400 ke 600 , maka RM1900 – 600 +100 = RM1400.
  15. Dalam tahun ke 7 = RM1400 x 12 = RM16800. Kalau dividen 7% = RM17,976 , dah boleh beli rumah ke 3.
  16. Dalam masa 7 tahun semua hutang selesai kecuali personal loan , ada simpanan RM1400 sebulan dan ada 3 buah rumah sewa dan ada kereta cash RM 30K+RM 10K = (40K) , OK.
  17. Tahun ke 8 dah ada simpanan sekitar RM20K setiap tahun. Tidak termasuk kenaikan gaji , bonus dan lain2

 Yang bertanya

 MasyaAllah , Alhamdulillah terima kasih banyak2 Tuan. Sangat jelas dan mudah sekiranya kita istiqamah dalam segala urusan. Syukur sangat Tuan.

Zaidi Ismail

Tahun pertama kena korban sikit , lepas tu dah ok

Yang bertanya :

Iyer betul tu Tuan. Lagi pun semua yang saya miliki ni banyak mengikut hawa nafsu. Sekiranya saya boleh sabar tak akan jadi macam sekarang ni. Saya perlu berubah. Tak boleh ikut orang sangat.

Zaidi Ismail :

Dalam masa 7 tahun dah ada 3 rumah sewa ( nilai sekitar RM150K) setiap satu = RM450K.

Kalau campur simpanan tahun ke 8 , boleh beli sebuah lagi , jadi 4 buah rumah sewa. Kalau nak laa.

Saya kira berdasarkan gaji sekarang , sudah semestinya pendapatan akan bertambah akan datang.

Yang bertanya

Iyer betul tu Tuan.

Kalau tak memang saya tak jumpa jalan asyik fikir macam mana nak tambah pendapatan sama ada nak niaga atau pun buat pelaburan.

Tapi dengan nasihat Tuan, saya nampak jalan bahawa perlu ada kesabaran. Kalau tak hati berbelah bagi je nak berniaga untuk cari rezeki lain.

Zaidi Ismail

Semua benda perlukan kesabaran. Kalau kita gagal urus rezeki sedia ada , macam mana nak urus rezeki masa depan ?

Yang bertanya

Betul tu Tuan , Terima kasih banyak2 Tuan.

Zaidi Ismail

Kalau gagal urus rezeki sedia ada , macam mana Allah nak tambah rezeki kita.

Persoalan :-

1. Kenapa Rumah yang bertanya tidak perlu dijual?

2. Kenapa saya selesaikan hutang kereta dahulu bukannya Courts Mammoth ?

3. Kenapa saya saya tidak syorkan pengurangan perbelanjaan isi rumah?

Ketiga-tiga soalan ini membawa kunci besar dalam penstrukturan semula kewangan individu ini. Langkah yang ditunjukkan tidak tetap , ianya akan berubah mengikut keperluan dan perubahan semasa.

Untuk perkongsian lebih tentang kewangan peribadi, boleh lawat ke Page Facebook : UrusInsan

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker