Politik dan Polisi

Bagaimana 5 Bandar Ini Menyelesaikan Isu Pemilikan Rumah

Hasil kajian terkini daripada Lincoln Institute mendedahkan bahawa 90% daripada 200 bandar di seluruh dunia termasuk dalam kategori rumah tidak mampu milik berdasarkan penanda aras purata harga rumah bersamaan 3 kali ganda gaji tahunan.

Kemampuan memiliki rumah bukanlah sekadar kemampuan membayar bulanan, tetapi termasuklah kemampuan untuk membayar kos-kos lain seperti penyelengaraan, insuran kebakaran dan cukai.

Dan antara penyumbang utama kepada masalah ini adalah kadar kenaikan gaji yang tidak setara dengan kadar kenaikan harga rumah. Mungkin juga memiliki rumah bukanlah untuk semua individu, yang paling utama adalah semua individu ada tempat tinggal yang selesa untuk berteduh tidak kiralah dengan menyewa atau memiliki.

Mari kita lihat bagaimana 5 bandar ini menyelesaikan isu rumah tidak mampu milik.

1) Chengdu dan Chongqing, China

Kerajaan China sedang mencuba mengaplikasikan kuota tanah boleh didagangkan tradable land quotas dalam menyelesaikan masalah rumah mampu milik. Antara industri utama di Chengdu adalah pertanian dan pembuatan. Kerajaan akan membuka kawasan pertanian baharu dipinggir bandar dan kemudiannya majlis perbandaran akan menjual kuota tanah ini kepada pemaju. Pemaju boleh menggunakan kuota ini bagi membina bandar-bandar baru.

2) Los Angeles, Amerika Syarikat

Majlis Perbandaran Los Angeles telah membenarkan motel-motel di bandar tersebut diubah suai menjadi perumahan sosial kepada gelandangan. Menurut Datuk Bandarnya, kebanyakan motel di sana tidak mencapai tahap penginapan penuh (underutilized). Cara ini dilihat lebih pantas dan murah berbanding pembinaan rumah sosial yang baru.

3) India

Setelah hampir sedekad membuat kajian, Institut Teknologi India telah mencadangkan sistem pembinaan menggunakan teknologi Glass Fibre Reinforced Gypsum (GFRG) yang dibuat daripada sisa buangan gipsum (daripada baja tumbuhan). Teknologi hanya memerlukan penggunaan besi dan konkrit yang minima dan tidak menggunakan batu-bata.

Kerajaan India telah meluluskan pembinaan menggunakan teknologi ini sehingga 10 tingkat maksimum. Selain itu GFRG juga adalah agen penebat haba yang bagus sehinggakan anda tidak memerlukan penghawa dingin. GFRG telah diiktiraf sebagai bahan hijau oleh United Nations Framework on Climate Change.

4) Hamburg dan Copenhagen, German

Kerajaan Tempatan Hamburg dan Copenhagen telah menambah baik bekalan rumah melalui pengenalan Dana Kekayaan Bandar (Urban Wealth Fund). Aset dan tanah-tanah milik kerajaan disatukan dan diletakkan di bawah dana ini. Dengan ini ia lebih mudah bagi pihak kerajaan untuk merancang pembinaan bandar dengan kerjasama daripada pihak swasta.

5) London, United Kingdom

Pada tahun 2016, sejumlah £3.15 bilion dana telah diluluskan bagi membina 90,000 rumah mampu milik menjelang 2021. Terdapat tiga jenis skim perumahan yang telah diperkenalkan iaitu London Living Rent, London Affordable Rent dan London Shared Ownership.

London Shared Ownership adalah satu skim dimana penyewa boleh membeli sebahagian daripada pemilikan rumah. Misalnya harga rumah yang dijual bawah skim ini adalah £200,000, pembeli boleh memilih untuk membeli pemilikan berjumlah £50,000 sahaja dan membeli bahagian selebihnya setelah pendapatan mereka meningkat.

Manakala konsep London Living Rent adalah hampir sama seperti konsep rumah PPR di Malaysia yang menyediakan rumah pada kadar sewa yang murah bagi membantu penyewa mengumpul wang deposit dan akhirnya membeli rumah tersebut.

Sumber
Mayor of LondonLondon Living Rent2 simple steps that can unlock the hidden wealth of citiesResearchGateEXPANDING OPPORTUNITY FOR THE URBAN POORHousing Affordability in a Global Perspective
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker