Isu Semasa

Aset Tabung Haji Dipindahkan Ke SPV

Umum sedia maklum tentang permasalahan yang dihadapi oleh Tabung Haji. Jika kita imbas kembali, Tabung Haji dikatakan mempunyai masalah jumlah aset dan jumlah liabiliti yang tidak seimbang. Tabung haji dikatakan mempunyai liabiliti melebihi aset sebanyak RM4.1billion.

Untuk rekod, jumlah aset TH adalah sebanyak RM70.3billion dan jumlah liabiliti adalah sebanyak RM74.4billion.

Bila mana liabiliti melebihi nilai aset, TH sepatutnya tidak boleh membayar hibah bagi tahun kewangan 2017. Menurut Akta Tabung Haji 1995 secara khusus menyebut bahawa untuk memberi hibah nilai aset tidak boleh dibawah nilai liabiliti dan juga hibah mestilah diberi daripada keuntungan boleh agih.

Menurut laporan daripada Menteri, pentadbiran dahulu membayar hibah melalui duit pencarum dan disamping itu TH dikatakan kerap mengubah cara merekod jumlah susut nilai dan juga terdapat transaksi yang dikatakan dilakukan untuk membolehkan TH mengisytiharkan keuntungan.

Hal ini disanggah oleh pentadbiran terdahulu. Setakat ini tiada laporan polis dibuat untuk kes terbabit.

Bagi menyelesaikan masalah ini, kerajaan mengarahkan satu syarikat bertujuan khusus SPV ditubuhkan untuk menyelamatkan TH. Menurut Datuk Sri Zukri Samad SPV itu akan diletakkan dibawah Kementerian Kewangan atas arah kerajaan.

TH akan memindahkan RM19.9billion aset dan akan digantikan dengan sukuk dengan pulangan 5% setahun dan RCPS-i. Sukuk itu tidak boleh didagangkan dan pulangan hanya akan diberikan apabila sampai tempoh matang. Manakala RCPS-i tidak mempunyai sebarang dividen dan juga tidak mempunyai tempoh matang.

Kriteria untuk aset yang akan dipindahkan adalah ekuiti yang jatuh lebih 20% dan hartanah yang memberi pulangan kurang daripada 2% setahun.

Jumlah ekuiti yang akan dipindahkan adalah sebanyak 106 syarikat senaraian awam dan juga 29 hartanah dan tanah. Syarikat senaraian awam ini rata-ratanya Tabung Haji tidak mempunyai kuasa untuk mengawal syarikat terbabit atas sebab pemilikan ekuiti yang tidak cukup besar atau “substantial”. Menurut Datuk Sri Zukri, praktis ini membolehkan Tabung Haji memiliki laporan kewangan yang sihat .

Datuk Sri Zukri juga berkata bahawa ada sesetengah aset memiliki potensi jangka masa panjang cumanya Tabung Haji tidak tahu bila aset ini akan pulih dan kembali kepada nilai sebenar. Beliau juga berkata kepada pemberita apabila nilai aset ini dipulihkan, SPV akan menjual aset terbabit dan hasilnya akan digunakan untuk menebus Sukuk dan RCPS-i daripada TH.

Untuk masa hadapan TH akan diletakkan dibawah Bank Negara Malaysia dan BNM bertanggungjawab untuk memantau Tabung Haji dari segi pengurusan korporat, pengurusan risiko dan kawalan dalaman beserta dengan pengurusan kecairan modal yang bertepatan dengan penilaian risiko TH.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker