Ekonomi

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Penjualan Aset (Divestment)

Kecoh pula sekarang ini tentang penjualan aset atau yang dikenali sebagai divestment. Dalam kes penjualan aset ini , apa isu sebenar yang patut kita lihat apabila sesebuah syarikat menjual aset? Lebih banyak penjualan lebih bagus atau lebih sikit penjualan lebih bagus?

Dalam membuat penilaian, kita tidak boleh melihat kepada nilai semata-mata. Tidak semestinya lebih banyak penjualan itu tidak bagus atau sebaliknya.

Apa yang kita kena tahu atau kita nak tengok bila sesebuah syarikat menjual aset?

1) Apaila pegangan pasaran sudah semakin kecil

Bila pecahan kek sesuatu sektor itu masih besar, itu merupakan masa yang paling sesuai untuk buat pelaburan tetapi abila pecahan kek itu semakin kecil, banyak orang dah makan, itu adalah masa yang paling sesuai untuk membuat penjualan. Masa memainkan peranan yang penting. Kalau jual aset lewat, mungkin tidak dapat tawaran harga yang menarik. Kalau awal sangat, mungkin terlepas potensi yang lebih tinggi.

2) Ada alternatif yang lebih baik

Sebagai contoh jika sekarang ini kita invest dalam syarikat A yang membuat Televisyen. Kemudian kita tahu syarikat B juga turut mengeluarkan Televisyen dengan teknologi yang lebih baik, maka inilah masa yang sesuai untuk menjual pegangan dalam syarikat A.

3) Bila ada keperluan untuk membuat pelaburan baru

Apabila pengurus aset memerlukan modal untuk membuat pelaburan baru dalam sektor yang baru atau membuat pelaburan semula (reinvest) dalam pelaburan sedia ada untuk meningkatkan lagi nilai pelaburan, ketika itu syarikat pengurusan aset perlu menjual aset yang sudah matang untuk mendapat modal pelaburan.

4) Syarikat memerlukan modal besar untuk terus beroperasi

Jika sebuah syarikat sentiasa memerlukan suntikan modal untuk terus beroperasi, adalah lebih baik jika syarikat pengurusan aset menjual pegangan dalam syarikat tersebut.

5) Tiada lagi keperluan strategik

Satu syarikat membeli syarikat A kerana keperluan strategik. Contohnya syarikat A ini kepakarannya adalah dalam pemasaran. Syarikat pengurusan aset memerlukan syarikat A untuk membuat pelan pemasaran bagi produk terbarunya. Apabila produknya sudah mula dikenali ramai, syarikat A ini tidak diperlukan lagi dan inilah masanya untuk menjual pegangan dalam syarikat A.

6) Tekanan undang-undang

Jika ada apa-apa undang-undang yang tidak membenarkan sesebuah syarikat memegang syarikat, penjualan perlu dibuat. Kebiasaannya undang-undang ini berkaitan dengan undang-undang berkaitan monopoli seperti Akta Persaingan 2010. Sebagai contoh syarikat A memiliki syarikat B ,C dan D . Syarikat B,C dan D meniaga ayam dan hanya syarikat B,C dan D merupakan pengeluar ayam di negara tersebut. Kalau undang-undang anti monopoli dilaksanakan, syarikat A perlu menjual salah satu syarikat untuk menjadikan ianya tidak lagi berbentuk monopoli .

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker