Ad
Umum

Kenapa PCMC Dianggap Sebagai Aset Negara

Baru-baru ini seorang Setiausaha Politik telah mempertikaikan definisi aset negara. Menurutnya, aset negara adalah aset yang boleh dimanfaatkan oleh semua rakyat.

Pertama kali, kita perlu faham apa itu GLIC. GLIC ini adalah syarikat milik kerajaan dan Khazanah pula merupakan syarikat pelaburan Malaysia.

Secara strukturnya, Minister of Finance Incorporated memegang penuh Khazanah Nasional Berhad. Khazanah Nasional Berhad pula memegang penuh Pulau Memutik Ventures Sdn Bhd. Akhir sekali, Pulau Memutik Ventures Sdn Bhd memegang penuh PCMC sebelum dijual kepada IHH Healthcare Berhad.

Ad

Secara konkritnya, PCMC ini adalah aset negara yang sekarang dimiliki oleh IHH. Pemegang terbesar IHH pula ialah Mitsui iaitu sebuah syarikat daripada Jepun. Kira ‘jual negara’ lah sebagaimana tuduhan DAP bahawa Proton ‘dijual’ kepada Geely iaitu syarikat daripada China.

Berapa ramai dah dapat nikmat aset negara ini?

Jawapannya adalah DIVIDEN.

Khazanah adalah syarikat 100% milik Kementerian Kewangan. Sebagai pemegang penuh Khazanah, kerajaan boleh mengarahkan Khazanah untuk membayar dividen kepada hasil kerajaan. Sebagaimana kerajaan menjarah dividen PETRONAS sebanyak RM 82 billion.

Untuk tahun 2018, Khazanah diarahkan oleh kerajaan untuk membayar dividen sebanyak RM 1.5 billion walaupun Khazanah mencatatkan kerugian sebanyak RM 6.3 billion pada tahun tersebut. Ke mana RM 1.5 billion ini pergi? Ke dalam Belanjawan kerajaan juga.

Ke mana Belanjawan ini diagihkan? Kepada rakyat Malaysia.

Ikutkan mana-mana polisi syarikat senaraian awam yang ada. Dividen hanya boleh diberi apabila syarikat mencatatkan keuntungan bergantung kepada polisi syarikat. Sekarang ini, Khazanah mencatatkan kerugian. Tetapi, kerajaan meminta Khazanah membayar dividen pula.

Prince Court Medical Center adalah aset negara. Bagaimana pula rakyat menikmati maafaat daripada aset ini? Jawapannya adalah DIVIDEN yang diberi kepada Kerajaan Malaysia. Akhirnya, dividen ini akan diagihkan kepada rakyat melalui Belanjawan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button